Tuesday 8 September 2015

Aktiviti Makmal 4.2.1: Penapaian dan Penyulingan Etanol

Aktiviti Makmal 4.2.1:
Penapaian dan Penyulingan Etanol
Tujuan: Untuk menyediakan suatu sampel etanol melalui proses penapaian dan penyulingan di dalam makmal
Bahan:
» Yis
» Glukosa

Radas:
» Tabung uji
» Kelalang kon
» Salur penghantar
» Bikar
» Penunu Bunsen
» Tungku kaki tiga
» Kasa dawai
» Kondenser Liebig
» Kelalang penyulingan
» Tiub getah
» Kaki retort
» Pengapit
» Termometer
» Serpihan porselin
» Penyumbat

Prosedur:

1. Rajah di atas menunjukkan penghasilan etanol melalui penapaian.
2. Tuangkan 100cm3 20% larutan glukosa ke dalam kelalang kon.
3. Tambahkan 5g yis ke dalam kelalang kon.
4. Biarkan larutan menjalani penapaian selama sehari.
5. Tuangkan hasil penapaian ke dalam kelalang penyulingan untuk menjalankan proses penyulingan pada 78℃.
6. Etanol tulen dikumpulkan dalam kelalang kon.


Perbincangan:

Enzim zimase yang dihasilkan oleh yis menguraikan glukosa kepada alkohol dan membebaskan gas karbon dioksida.

Alkohol mempunyai takat didih yang lebih rendah daripada air. Oleh itu, alkohol dan air boleh diasingkan melalui proses penyulingan.

Gas karbon dioksida yang dihasilkan menjadikan air kapur keruh.

Kesimpulan:

Etanol boleh dihasilkan melalui proses penapaian dan boleh ditulenkan melalui proses penyulingan.



⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment