Wednesday 2 September 2015

2.3 Kitar Nitrogen dan Kepentingannya

Kitar Nitrogen dan Kepentingannya
■ Tumbuhan tidak dapat menyerap nitrogen di atmosfera (udara) atau dari tanah untuk mensintesiskan protein secara langsung.
■ Tumbuhan hanya boleh menyerap nitrogen daripada sebatian nitrat dalam tanah melalui akarnya untuk mensintesiskan protein.

Kitar Nitrogen
■ Terdapat empat proses utama dalam kitar nitrogen, iaitu

Pengikat nitrogen
Pokok kekacang (kacang pis, kacah tanah dan klover) menyerap nitrogen di atmosfera melalui bakteria pengikat nitrogen yang hidup secara simbiosis dalam nodul akar pokok kekacang atau hidup bebas dalam tanah. Bakteria pengikat nitrogen menukarkan nitrogen menjadi sebatian nitrat. Salah satu contoh bakteria ini ialah Rhizobium sp.
Bakteria pendinitritan dalam tanah menguraikan sebatian nitrat menjadi gas nitrogen semula melalui pendenitritan. Gas nitrogen dilepaskan ke atmosfera. Semasa kilat dan gunung api meletus, gas nitrogen akan bergabung dengan gas oksigen di atmosfera dan membentuk nitrogen monoksida serta nitrogen dioksida. Kedua-dua oksida ini bertindak balas dengan air hujan dan membentuk asid nitrus dan asid nitrik.
Hujan asid turun dan meresap ke dalam tanah. Ia bertindak balas dengan garam mineral atau bes dalam tanah dan membentuk sebatian nitrat yang boleh diserap oleh tumbuhan melalui akar.

Pereputan (penguraian)
Apabila tumbuhan serta haiwan mati dan mereput, bangkai-bangkai tersebut akan diuraikan oleh bakteria atau kulat pengurai.
Bakteria atau kuat pengurai memecahkan protein bangkai yang mereput dalam tanah untuk membentuk sebatian ammonium.
Baham perkumuhan haiwan juga diuraikan oleh bakteria atau kulat pengurai untuk membentuk sebatian ammonium dalam tanah.

Penitritan
Bakteria penitritan menukarkan sebatian ammonium dalam tanah membentuk sebatian nitrit dan seterusnya membentuk sebatian nitrat.
Sebatian nitrat boleh diserap oleh tumbuhan melalui akarnya.

Pendenitritan
Sebahagian sebatian nitrat diuraikan oleh bakteria pendenitritan dalam tanah untuk menghasilkan gas nitrogen.
Gas nitrogen dilepaskan ke atmosfera semula.
■ Video ini menerangkan dengan lebih lanjut mengenai kitaran nitrogen. (English)
Kepentingan Kitar Nitrogen
■ Kitar nitrogen adalah penting kerana

Mengekalkan kesuburan tanah untuk mempertingkatkan hasil tanaman.

Membekalkan nitrat kepada tumbuh-tumbuhan pengeluar dalam rantai makanan untuk membina protein sebagai bekalan makanan untuk haiwan dan manusia.

Mengekalkan kandungan nitrofen di atmosfera.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

9 comments:

  1. Apa yang akan jadi dengan kandungan ion nitrat dalam tanah pada musim hujan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanah meresap kandungan ion nitrat... Ni buku teks kssm f5 ni

      Delete
  2. Kitar mana kacang tanah memainkan peranan penting?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kacang tanah or akar pokok kekacang?; kitar pengikatan nitrogen, right?

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Bagaimanakah penanaman pokok kekacang dapat menambah kesuburan tanah?

    ReplyDelete
  5. Apakah keadaan yang boleh diserap oleh tumbuhan

    ReplyDelete
  6. Apakah peranan kilat dalam kitar nitrogen?

    ReplyDelete