Tuesday 1 September 2015

2.1 Kepentingan Amalan Pengambilan Nutrisi yang Baik dan Seimbang

Diet Seimbang
■ Manusia memerlukan makanan yang seimbang untuk pertumbuhan dan perkembangan yang baik.
■ Diet yang seimbang mengandungi semua kelas makanan dalam jumlah yang betul.
■ Jadual di bawah menunjukkan kelas makanan dan fungsinya.

Kelas makanan Fungsi
Karbohidrat Memberi tenaga (sumber tenaga utama)
Protein Membina pertumbuhan sel-sel baru dan menggantikan sel-sel yang rosak. Membekalkan tenaga apabila badan kekurangan tenaga.
Lemak Sebagai penebat haba. Melindungi organ dalaman seperti buah pinggang dan jantung. Membekalkan tenaga apabila badan kekurangan karbohidrat.
Vitamin Melindungi badan daripada penyakit
Garam mineral Mengekalkan kesihatan badan.
Air Perantara untuk tindak balas kimia. Mengangkut makanan yang dicerna dan hasil perkumuhan dalam badan.
Serat Membantu pergerakan makanan melalui saluran pencernaan

Nilai Kalori bagi Pelbagai Kelas Makanan
■ Nilai kalori

Merupakan kuantiti tenaga yang terkandung dalam sesuatu makanan.

Tenaga yang dihasilkan apabila 1 gram makanan dibakar dalam suatu kalorimeter bom.

Nilai kalori diukur dalam unit kalori atau joule. Pertukaran unit adalah seperti berikut:
1 kalori (cal) = 4.2 joule (J)
1 kilokalori = 4.2 kilojoule
1 kcal = 4.2 kJ

Tenaga yang diperoleh selepas makan bergantung kepada kandungan karbohidrat, protein dan lemak dalam makanan itu.
Kelas makanan Nilai kalori dalam 1g makanan
Karbohidrat 17.2
Protein 22.2
Lemak 38.5
■ Jadual di bawah menunjukkan nilai kalori dalam beberapa jenis makanan.

Jenis makanan Tenaga per 100g (kJ) Jenis makanan Tenaga per 100g (kJ)
Nasi 1512 Roti 1134
Ayam 590 Daging 1010
Telur goreng 945 Telur rebus 659
Gula 1625 Mentega 3007
Epal 244 Pisang 357
■ Nilai kalori dalam makanan boleh dianggarkan jika nilai kalori setiap jenis makanan per 100g diketahui.
■ Jadual berikut menunjukkan jumlah nilai kalori yang patut diambil untuk mengelakkan obesiti.

Jantina Peringkat umur Nilai kalori sehari yang disyorkan
Lelaki 15 - 18 12600
19 - 24 12180
Perempuan 15 - 18 9240
19 - 24 9240
■ Video ini menerangkan tentang nilai kalori seseorang dalam sehari.(English)

Contoh latihan 2.1(a)
Hitungkan nilai kalori yang dimakan oleh Ahmad sekiranya dia mengambil 200g roti, 5g mentega dan 100g epal untuk sarapan pagi.
Nilai kalori di dalam roti = 2 X 1134 = 2268kJ
Nilai kalori di dalam mentega = (5/100) X 3007 = 150kJ
Nilai kalori di dalam epal = 1 X 244 = 244kJ
Jumlah nilai kalori = 2268 + 150 + 244 = 2662kJ


Faktor yang Mempengaruhi Jumlah Kalori yang Diperlukan oleh Seorang Individu
■ Setiap individu memerlukan kalori makanan yang berlainan.
■ Keperluan tenaga bergantung kepada beberapa faktor:

Faktor Penerangan
Jantina
Remaja dan orang dewasa lelaki memerlukan lebih banyak tenaga daripada remaja dan orang dewasa perempuan.
Ini adalah kerana lelaki selalumya mempunyai saiz badan yang lebih besar dan aktif. Mereka mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan perempuan.
Saiz badan
Saiz badan yang lebih besar memerlukan lebih banyak tenaga berbanding dengan saiz badan yang kecil.
Saiz badan yang lebih besar memerlukan lebih banyak tenaga untuk mengepam darah ke seluruh badan dan menjalankan kegiatan metabolisme.
Umur
Kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar memerlukan lebih banyak tenaga berbanding dengan orang dewasa kerana mereka mempunyai kadar metabolisme dan kadar tumbesaran yang lebih tinggi.
Keperluan tenaga harian bayi adalah tinggi disebabkan oleh kadar tumbesaran badan yang tinggi.
Pekerjaan
Seorang buruh yang melakukan kerja berat memerlukan lebih banyak tenaga berbanding dengan seorang pekerja yang melakukan kerja ringan di pejabat.
Lebih banyak tenaga diperlukan oleh seseorang yang menjalani aktiviti yang cergas seperti bersukan.
Iklim persekitaran
Manusia yang hidup di kewasan bercuaca sejuk memerlukan lebih banyak tenaga untuk mengekalkan suhu badan mereka jika dibandingkan dengan manusia yang hidup di kawasan yang bercuaca panas.
Lebih banyak tenaga haba badan dihilangkan ke persekitaran yang sejuk untuk mengekalkan suhu badan kerana manusia merupakan organisma homoioterma.
Kesihatan
Seorang pesakit memerlukan lebih banyak tenaga berbanding dengan seseorang yang sihat, untuk menentang penyakit supaya sembuh dengan lebih cepat.
Sorang pesakit memerlukan lebih banyak tenaga untuk memperbaiki sel dan tisu badan yang rosak disebabkan oleh penyakitnya.
Ibu yang mengandung
Ibu yang mengandung dan menyusukan bayi memerlukan lebih banyak tenaga kerana dia perlu membekalkan makanan dan tenaga untuk tumbesaran serta perkembangan badan fetus atau bayi semasa dia mengandung atau selepas dia bersalin.
Fetus dan bayi bukan sahaja memerlukan tenaga daripada ibu tetapi juga nutrien makanan untuk mengekalkan kesihatan badan.
Masalah Kesihatan yang Berkaitan dengan Tabiat Makan
■ Malnutrisi

Berlaku apabila badan kita tidak mendapat nutrisi yang seimbang disebabkan oleh amalam pemakanan yang tidak sihat.

Kekurangan Penyakit Simptom
Protein
Kwasyiorkor
Pertumbuhan terbantutu, perut mengembung, kaki kecil, hilang selera makan dan warna rambut bertukar menjadi cerah.
Vitamin B1
Beri-beri
Lesu dan hilang selera makan. Kaki membengkak dan tidak dapat berjalan (dalam keadaan yang serius).
Vitamin C
Skurvi
Gusi bengkak dan mudah berdarah.
Vitamin D atau kalsium
Riket
Tulang menjadi lembut dan mudah dibengkok (Osteomalacia
Iodin
Goiter
Kelenjar tiroid membengkak
■ Kegendutan

Disebabkan oleh pengambilan makanan seperti gula dan kanji secara berlebihan.

Kurang bersenam juga membawa risiko kepada kesihatan badan dan menyebabkan masalah kegendutan.

Masalah kegendutan boleh mengakibatkan sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.
■ Anoreksia nervosa

Berkaitan dengan masalah psikologi.

Berlaku di kalangan remaja perempuan yang selalu menganggap badannya adalah terlalu gemuk seterusnya mengurangkan pengambilan makanan supaya boleh menjadi lebih kurus dan cantik.

Mengakibatkan kehilangan berat badan, malnutrisi dan masalah kesihatan badan lain seperti gangguan kitar haid dan masalah mental serta fisiologi.
■ Penyakit yang disebabkan oleh tabiat makan

Kolesterol berlebihan
Kolesterol terdapat dalam lemak haiwan.
Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah akan menyempitkan arteri dan menyekat ia menyebabkan keadaan yang dikenali sebagai trombosis.
Trombosis berlaku apabila arteri pecah dan pembekuan darah berlaku.
Thrombosis boleh menyebabkan strok (jika ia berlaku di dalam otak) dan penyakit jantung atau serangan jantung (jika ia berlaku di dalam jantung).
Kolesterol terkumpul dalam pundi hempedu boleh menyebabkan pembentukan batu karang.

Garam berlebihan
Boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang merosakkan jantung dan membawa kepada strok.

Gula berlebihan
Boleh menyebabkan kerosakan gigi, kegendutan dan penyakit kencing manis.

Kepentingan Nutrisi yang Seimbang dan Tabiat Makan yang Sihat
■ Diet yang seimbang dan tabiat makan yang baik diperlukan

untuk membekalkan tenaga yang mencukupi untuk aktiviti harian

untuk pertumbuhan dan perkembangan badan

untuk mengekalkan kesihatan badan



⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment