Monday, 24 August 2015

Aktiviti Makmal 1.2.1: Mengkaji Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma

Aktiviti Makmal 1.2.1:
Mengkaji Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma
Tujuan: Untuk menkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma.
Penyata Masalah:Bagaimanakah kehadiran nutrien, kelembapan, cahaya, suhu dan pH memberi kesan kepada pertumbuhan bakteria?
Hipotesis:Bakteria hidup dengan baik dengan :

kehadiran nutrien

dalam kawasan lembap

kawasan gelap

pada suhu 37℃

pada pH neutral

Pemboleh ubah:
» yang dimalarkan : Kuantiti bakteria
» yang dimanipulasikan : Kehadiran nutrien, kelembapan, cahaya, suhu, nilai pH
» yang bergerak balas : Bilangan koloni bakteria

Bahan:
» Agar-agar nutrien
» Agar-agar tanpa nutrien
» Kultur bakteria (B. subtilis)
» Air suling
» Asid hidroklorik 1mol dm-3
» Natrium hidroksida 1mol dm-3

Radas:
» Piring petri steril
» Picagari
» Lampu meja
» Ketuhar
» Pita selofan

Prosedur:

(A) Faktor nutrien dan kelembapan
1. Sediakan 3 piring petri berlabel A, B dan C.
Piring petri A mengandungi agar-agar nutrien lembap.
Piring petri B mengandungi agar-agar nutrien kering.
Piring petri C mengandungi agar-agar lembap tanpa nutrien.
2. Tambahkan 1cm3 kultur bakteria ke dalam setiap piring petri dengan picagari.
3. Piring petri di tutup dan dikemaskan dengan pita selofan.
4. Terbalikkan piring petri dan diletakkan pada suhu bilik selama dua hari. Pemerhatian ke atas pertumbuhan bakteria direkodkan dalam jadual pada akhir eksperimen ini.

(B) Faktor cahaya
1. Sediakan 2 piring petri berlabel D dan E.
2. Langkah 2 hingga 4 (bahagian A) diulang dengan:
Piring petri D diletakkan dalam almari gelap.
Piring petri E diletakkan di bawah cahaya lampu meja yang terang.

(C) Faktor suhu
1. Sediakan 3 piring petri berlabel F, G dan H.
2. Langkah 2 hingga 4 (bahagian A) diulang dengan:
Piring petri F diletakkan dalam peti sejuk pada suhu 5℃.
Piring petri G diletakkan dalam ketuhar pada suhu 37℃.
Piring petri H diletakkan dalam ketuhar pada suhu 70℃.

(D) Faktor pH
1. Sediakan 3 piring petri berlabel I, J dan K
2. Langkah 2 hingga 4 (bahagian A) diulang dengan:
beberapa titik asid hidroklorik cair dimasukkan ke dalam piring petri I.
beberapa titik air suling dimasukkan ke dalam piring petri J.
beberapa titik natrium hidroksida cair dimasukkan ke dalam piring petri K.
Pemerhatian:

(A) Faktor nutrien dan kelembapan
Piring petri Keadaan piring petri Pemerhatian
A Agar-agar nutrien lembap Banyak tompok putih
B Agar-agar nutrien kering Tiada tompok putih
C Agar-agar lembap tanpa nutrien Tiada tompok putih

(B) Faktor cahaya
Piring petri Keadaan piring petri Pemerhatian
D Gelap Banyak tompok putih
E Sangat cerah Tiada tompok putih

(C) Faktor suhu
Piring petri Keadaan piring petri Pemerhatian
F 5℃ Tiada tompok putih
G 37℃ Banyak tompok putih
H 70℃ Tiada tompok putih

(D) Faktor pH
Piring petri Keadaan piring petri Pemerhatian
I Asid Tiada tompok putih
J Neutral Banyak tompok putih
K Alkali Tiada tompok putih

Analisis:

Tompok putih pada agar-agar nutrien adalah koloni bakteria.

Bakteria berkembang dengan baik dalam piring petri A, D, G dan J.

Bakteria berkembang secara pesat dengan kehadiran nutrien, dalam kawasan lembap, gelap, suhu 37℃, dan dalam keadaan neutral (pH7).

Bakteria tidak berkembang dalam keadaan tanpa nutrien, kering, terlalu cerah, sejuk, panas, terlalu berasid atau terlalu alkali.

Perbincangan:

Bahan-bahan dan radas disterilkan terlebih dahulu untuk memastikan tiada bakteria.

Bakteria B.subtilis digunakan kerana ia tidak merbahaya kepada manusia.

Julat suhu optimum untuk pertumbuhan bakteria adalah antara 35℃ - 40℃.

Spora bakteria akan terhapus apabila suhu melebihi 120℃. Oleh itu, agar-agar nutrien disediakan dengan didihkan dalam autoklaf atau periuk tekanan pada suhu 120℃ selama 20 minit.

Kekurangan nutrien akan membantutkan pertumbuhan bakteria, manakala berlebihan nutrien meningkatkan pertumbuhan mereka

Pirin petri diterbalikkan untuk mengelakkan wap air dari jatuh ke atas agar-agar dan mempengaruhi keputusan eksperimen.

Kesimpulan:

Keadaan yang sesuai untuk pertumbuhan bakteria ialah keadaan yang lembap, gelap, panas (suhu 30℃ hingga 37℃ , mengandungi nutrien dan nuetral (pH 7)

Hipotesis yang dibuat adalah benar.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agar2 kering tu yg mcm gula2 gummy bear tu.. kalau agar2 lembap mcm puding

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete