Monday, 31 August 2015

1.6 Rawatan Penyakit yang Disebabkan oleh Mikroorganisma

Cara Rawatan Pesakit yang Dijangkiti Patogen
■ Terdapat beberapa cara untuk merawat pesakit yang dijangkiti patogen, iaitu

Rawatan tradisional

Antibiotik

Vaksin

Disinfektan

Antiseptik

Rawatan Tradisional
■ Rawatan tradisional adalah rawatan yang menggunakan perubatan tradisional untuk merawat penyakit.
■ Sumber perubatan tradisional diperoleh daripada haiwan atau tumbuh-tumbuhan.

Herba (bahagian-bahagian tumbuhan seperti kulit pokok, daun, bunga dan akar) selalu digunakan untuk mengubati pesakit.

Lidah buaya (aloe vera) digunakan untuk mengubati kudis dan luka kerana ia boleh mengurangkan kesakitan, kemerahan kulit dan memulihkan luka.

Qualaquin digunakan untuk mengubati pesakit malaria.

Air halia dan madu digunakan untuk merawat selesema.

Antibiotik
■ Antibiotik ialah bahan kimia yang dihasilkan daripada mikroorganisma seperti kulat atau bakteria.
■ Antibiotik yang selalu digunakan termasuklah

Penisilin yang dihasilkan daripada kulat Penicillium notatum. Penisilin digunakan untuk mengubati penyakit yang disebabkan oleh bakteria seperti pneumonia, gonorea dan sifilis.

Streptomisin yang dihasilkan oleh bakteria Streptomyces sp.
Vaksin
■ Vaksin ialah bahan yang mengandungi patogen mati atau patogen yang dilemahkan. Vaksin digunakan dalam suntikan untuk memberi keimunan menentang penyakit tertentu.
■ Vaksin boleh merangsang penghasilan antibodi dalam sistem perlindungan badan kita dan memberi keimunan badan.

Contoh-contoh penyakit yang boleh dikawal melalui suntikan vaksin ialah cacar, tibi dan poliomielitis.

Disinfektan
■ Disinfektan digunakan untuk menghapuskan semua mikroorganisma bahaya seperti kulat dan bakteria termasuk virus dan endospora bakteria di alam sekitar.
■ Disinfektan adalah lebih pekat daripada antiseptik dan bersifat menghakis. Ia digunakan untuk membunuh kuman di lantai, pada perabot dan alatan.

Contoh disinfektan ialah lisol, fenol, formalin, kalsium hipoklorat dan kresol.

Antiseptik
■ Bahan kimia untuk mengawal mikroorganisma dan sesuai digunakan pada kulit.
■ Antiseptik disapu pada luka atau kulit untuk menghalang serangan patogen ke dalam badan kita atau pertumbuhan patogen pada kulit.

Contoh antiseptik ialah iodin, alkohol, asid borik, akriflavin, hidrogen peroksida dan larutan kalium manganat (VII).

Risiko Rawatan Tanpa Pengawasan dan Preskripsi Pengamal Perubatan yang Berkelayakan
■ Kesan antibiotik ke atas mikroorganisma

Pengambilan antibiotik secara berlebihan boleh menyebabkan penghasilan bakteria mutasi yang boleh menentang antibiotik ini. Oleh itu, penggunaan antibiotik perlulah mengikut preskripsi doktor pakar.
■ Penyalahgunaan ubat tradisi boleh membawa maut.

Sebagai contoh, makan peria yang terlampau banyak akan mangakibatkan sakit perut dan cirit-birit. Biji peria boleh mengakibatkan sakit kepala, demam panas dan koma.

Pengambilan muinina boleh menyebabkan kesan buruk seperti darah tinggi dan serangan sakit jantung.

Contoh latihan 1.6(a)
Pilih betul [✔] atau salah [✘] untuk kenyataan-kenyataan berikut.
Kenyataan
Vaksin digunakan untuk mencegah penyakit tertentu
Antibiotik tidak perlu digunakan sebaik sahaja kita telah pulih daripada penyakit.
Antibiotik digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh bakteria
Antiserums digunakan untuk merawat penyakit tertentu.
Semua perubatan tradisional boleh digunakan tanpa pengawasan dan preskripsi doktor.
Penyakit yang disebabkan oleh virus boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik



⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

1.5 Pencegahan Jangkitan Penyakit yang Disebabkan oleh Mikroorganisma

Pencegahan Jangkitan Penyakit
■ Cara-cara yang boleh digunakan untuk mencegah jangkitan termasuk

Kawalan vektor

Penstrilan dan Disinfektan

Keimunan

Kawalan Vektor
■ Lalat dan nyamuk ialah vektor bagi pelbagai jenis penyakit yang berbeza.
■ Penyakit yang mungkin dijangkiti melalui lalat ialah tifoid, kolera, disentri, keracunan makanan, poliomeilitis.
■ Nyamuk membawa patogen seperti protozoa malaria atau virus demam denggi.
■ Kawalan nyamuk

Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk dengan
membersihkan kawasan takungan air
menanam bekas atau botol yang menakung air
mengubah air sungai yang mengalir perlahan kepada air sungai yang mengalir deras

Membunuh larva dan pupa dengan
menyemburkan minyak atau racun serangga pada permukaan air untuk melemas atau meracunkan larva atau pupa
memelihara ikan gapi atau ikan pelaga dalam air supaya ikan itu makan larva dan pupa

Membunuh nyamuk dewasa (peringkat imago)
menghidupkan lampu pada waktu malam dan selalu membersihkan tempat di mana nyamuk bersembunyi
menyembur racun serangga di dalam rumah atau kawasan yang ada wabak demam denggi
menyapu ubat pencegah nyamuk pada kulit badan
memasang kasa dawai pada tingkap untuk menghalang nyamuk daripada masuk ke dalam rumah
memasang kelambu semasa tidur
■ Kawalan lalat

Menghapuskan tempat pembiakan lalat dengan
menanam sisa makanan atau membuang sampah-sarap ke dalam tong sampah yang ada penutup.
menggunakan sistem rawatan kumbahan yang sempurna.

Membunuh larva dengan
menyembur racun serangga dan membakar tempat pembiakan lalat.
menutup tempat pembiakan lalat dengan tanah supaya kepanasan dalam tanah yang berlaku akibat pereputan kompos akan membunuh larva.

Membunuh pupa dengan
menyembur racun serangga dan membakar tempat pembiakan lalat.

Menghapuskan tempat makanan lalat dengan
menutup makanan dengan tudung saji.
selalu mencuci rumah dan kawasan sekelilingnya, terutamanya tandas.
membunuh lalat dengan racun serangga, kertas pelekat dan perangkap lalat.
Pensterilan dan Disinfektan
■ Penstrerilan ialah proses membunuh atau memusnahkan semua mikroorganisma.
■ Rajah dibawah menunjukkan teknik-teknik pensterilan.
■ Jadual dibawah menerangkan teknik pensterilan yang digunakan untuk membunuh mikroorganisma.

Teknik pensterilan Penerangan
Haba Ketuhar menggunakan haba untuk mensterilkan pelbagai radas makmal seperti barangan kaca dan logam.
Mendidih radas dalam air selama 20 minit boleh membunuh semua mikroorganisma kecuali spora.
Autoklaf mensterilkan radas dengan menggunakan stim tepu (atau haba lembap) di bawah tekanan tinggi (suhu mencapai 130℃). Cara ini boleh membunuh semua mirkoorganisma termasuk spora.
Bahan kimia Antiseptik digunakan untuk menghapuskan kebanyakkan mirob yang terdapat pada kulit. Kulit tidak boleh disteril menggunakan disinfektan, pembakaran atau pendidihan. Dengan membasuh kulit dengan antiseptik, bilangan mikroorganisma pada kulit akan dikurangkan dan ini boleh mengurangkan risiko untuk dijangkiti penyakit melalui sentuhan.
Disinfektan digunakan untuk membunuh mikroorganisma seperti bakteria. Disinfektan boleh memusnahkan tisu badan.
Sinaran Sinar gamma digunakan untuk mensteril kebanyakan radas kecil seperti jarum, picagari dan sarung tangan di hospital.
Sinar ultra ungu tidak berkesan untuk pensterilan alat tetapi sangat penting untuk mencegah pertumbuhan bakteria dalam alat-alat kompleks di hospital. Sebilangan bakteria menjadi tidak aktif di bawah sinar ultra ungu.

Keimunan
■ Imuniti adalah keupayaan badan untuk melawan penyakit yang disebabkan oleh patogen.
■ Imunisasi adalah tindak balas biokimia yang membolehkan badan untuk membina imuniti terhadap penyakit.
■ Vaksinasi adalah cara yang paling biasa digunakan dalam proses imunisasi.

Vaksinasi adalah proses menyuntik patogen (vaksin) lemah atau mati ke dalam badan untuk merangsang badan untuk menghasilkan antibodi tertentu.

Vaksin adalah bahan yang mengandungi lemah atau mati patogen

Patogen yang masuk ke dalam badan boleh merangsang sel darah putih untuk menghasilkan antibodi atau antitoksin untuk membunuh patogen.

Protein asing seperti mikrob dan patogen dalam darah dipanggil antigen, yang boleh merangsang sel-sel badan untuk menghasilkan antibodi dan antitoksin tertentu.
■ Terdapat dua jenis immuniti, iaitu:

Keimunan aktif
Keimunan aktif semula jadi - Diperolehi apabila seseorang yang telah sembuh dari penyakit tertentu seperti demam campak. Badannya mempunyai antibodi untuk melawan penyakit ini.
Keimunan aktif buatan - Diberikan kepada orang yang sihat yang belum dijangkiti penyakit tertentu. Sebagai contoh, vaksin BCG untuk batuk kering dan vaksin Salk untuk polio
Ada kalanya, lebih daripada satu suntikan diperlukan untuk merangsang badan untuk menghasilkan antibodi pada tahap yang berkesan. Sebagai contoh, vaksin untuk Hepatitis B perlu disuntik tiga kali. Suntikan vaksin tambahan ini dipanggil dos penggalak.

Keimunan pasif
Antiserum adalah sejenis plasma darah yang mengandungi antibodi dan antitoksin yang boleh melawan penyakit tertentu seperti tetanus, difteria dan penyakit anjing gila.
Walau bagaimanapun, imuniti pasif tidak kekal buat masa yang lama. Ia hanya berfungsi untuk penyakit yang serius apabila tindak balas pantas diperlukan.
■ Perbandingan antara keimunan yang berlainan jenis

Jenis Keimunan Cara untuk mendapat keimunan Tempoh keimunan yang berkesan
Aktif semula jadi Pesakit mendapat keimunan untuk menentang sesuatu penyakit selepas pulih daripada penyakit itu. Beberapa tahun atau sepanjang hayat.
Aktif buatan Vaksin yang mengandungi antigen disuntik kepada orang yang sihat untuk merangsang penghasilan antibodi terhadap antigen. Memerlukan suntikan kedua atau kekal untuk beberapa tahun atau sepanjang hayat.
Pasif semula jadi Antibodi disalurkan daripada ibu yang mengandung kepada fetus melalui darah. Hanya dalam tempoh singkat selepas dilahirkan.
Pasif buatan Antibodi yang boleh menentang sesuatu patogen disuntik kepada orang yang sihat untuk mendapat perlindungan daripada serangan penyakit ini. Untuk sementara sahaja. Memerlikan dos antibodi kedua.
■ Kepentingan keimunan

Keimunan boleh menghindari jangkitan sesuatu penyakit.

Vaksin bukan sahaja berfaedah kepada individu yang menerima suntikan vaksin tersebut, malah kepada orang ramai kerana penyakit tersebut tidak merebak.

Contoh latihan 1.5(a)
Nyatakan jenis keimunan berdasarkan pada kenyataan yang diberikan.
Kenyataan Jenis keimunan
Antibodi diperolehi apabila pesakit pulih daripada penyakit. Keimunan aktif semula jadi
Anitbodi diperolehi melalui vaksin. Keimunan aktif buatan
Antibodi disalurkan daripada ibu mengadung kepada fetus. Keimunan pasif semula jadi
Antiserum yang mengandungi antibodi disuntuk kedalam tubuh. Keimunan pasif buatan


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

Tuesday, 25 August 2015

1.3 Mikroorganisma yang Berfaedah

Peranan Mikroorganisma dalam Pencernaan Makanan
■ Dalam haiwan herbivor

Kambing dan lembu mempunyai salur pencernaan yang khusus dalam usu untuk mencerna selulosa.

Kambing dan lembu menyimpan rumput yang separuh tercerna dan membenarkan bakteria mencernakan selulosa rumput.

Makanan yang separuh tercerna disimpan dalam rumen. Selulosa rumput dicernakan oleh bakteria dengan enzim selulase.
■ Protozoa di dalam usus anai-anai menghasilkan enzim selulase untuk mencerna selulosa dalam kayu menjadi glukosa.
■ Bakteria boleh hidup dalam makanan yang tidak tercerna dalam usus besar manusia dan menghasilkan vitamin K serta vitamin B yang akan diserap ke dalam tubuh untuk mengekalkan kesihatan yang baik.
■ Video ini menerangkan tentang peranan mikroorganisma dalam pencernaan makanan. (English)


Peranan Mikroorganisma dalam Proses Pereputan
■ Pengurai organisma yang mati

Bakteria atau kulat pengurai akan mengurai organisma yang mati.

Dalam proses penguraian, molekul-molekul kompleks dan besar dalam badan organisma yang mati dipecahkan kepada molekul-molekul kecil seperti karbon dioksida dan air.

Karbohidrat, protein dan lemak dari organisma mati akan digunakan sebagai makanan bakteria dan kulat pengurai.

Sebilangan molekul kecil merupakan gas yang berbau busuk dan dilepaskan ke udara.
■ Pengurai mengitar semula bahan dalam alam sekitar

Bakteria saprofit memainkan peranan penting dalam meguraikan bahan organik kompleks kepada bahan ringkas dalam tumbuhan dan haiwan yang mati.

Unsur-unsur seperti oksigen, hidrogen, karbon, nitrogen dan fosforus yang terdapat dalam badan organisma akan dibebaskan selepas organisma mati terurai.

Bahan ringkas seperti air dan karbon dioksida akan diserap semula oleh tumbuhan lain untuk membina bahan organik kompleks seperti karbohidrat, lipid dan protein.
Peranan Mikroorganisma dalam Perubatan
■ Mikrob menghasilkan ubat

Kulat dan bakteria menghasilkan antibiotik yang berkesan seperti penisilin dan tetrasiklina.

Saintis boleh menghasilkan mikorb untuk membuat hormon seperti insulin.

Yis boleh digunakan sebagai pemakanan tambahan dalam bidang perubatan kerana ia kaya dengan vitamin B dan protein.

Alga mengandungi bahan kimia seperti beta-karotena (mencegah kanser) dan asid lemak (mencegah penyakit jantung).
■ Mikrob membuat vaksin untuk manusia

Vaksin dibuat daripada virus atau bakteria yang dilemahkan. Vaksin boleh memberi keimunan kepada manusia sepanjang hayat.

Contoh-contoh vaksin ialah vaksin untuk campak, beguk dan cacar air.

Kebanyakan vaksin biasanya memerlukan dos penggalak untuk mencapai keimunan yang tahan lama. Vaksin jenis ini termasuk poliomielitis, influenza, hepatitis A dan rabies.

Bagi hepatitis B, hanya bahagian protein virus yang digunakan untuk membuat vaksin.

Peranan Mikroorganisma dalam Industri
■ Dalam pemprosesan makanan

Penggunaan yis untuk membuat roti dan alkohol.

Bakteria digunakan untuk mengoksidakan alkohol kepada asid etanoik (cuka), penghasilan keju, yogurt dan sebagainya,

Sebilangan bakteria digunakan untuk menghasilkan makanan yang kaya dengan pelawas.
■ Dalam perindustrian

Bakteria aerob yang menggunakan oksigen untuk bernafas digunakan untuk rawatan kumbahan dan sisa buangan domestik.

Sisa buangan organik dalam tindak balas bakteria anaerob (tidak menggunakan oksigen untuk bernafas) boleh menghasilkan gas metana.

Bioplastik ialah produl lain yang menggunakan mikroorganisma untuk menghasilkan plastik.

Peranan Mikroorganisma dalam Pertanian
■ Bakteria dan kulat mengurai bahan organik mati menjadi humus. Humus mengandungi mineral yang mudah sedia untuk diserap oleh akar tumbuhan
■ Proses pengikatan nitrogen

Bakteria pengikat nitrogen menukar nitrogen kepada sebatian nitrat.

Pengikat nitrogen berlaku dalam alam semula jadi sewaktu berlakunya kilat.

Bakteria pendenitritan dalam tanah menguraikan sebatian nitrat untuk menjadi gas nitrogen semula melalui pendenitritan.

Gas nitrogen dilepaskan ke atmosfera.

Potensi Penggunaan Mikroorganisma dalam Pelbagai Bidang
■ Melalui kejuruteraan genetik, struktur genetik bakteria boleh ditukar dan dihasilkan untuk menghasilkan bahan kimia tertentu seperti hormon dan enzim, yang sebelum ini hanya boleh diekstrak daripada darah haiwan seperti kuda.
■ Sejenis bakteria digunakan untuk menghasilkan plastik yang mesra alam.
■ Bakteria tertentu boleh digunakan untuk mengurai dan minyak bersih tumpah di laut.
■ Virus tertentu boleh digunakan untuk merawat penyakit keturunan seperti anemia sel sabit.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

1.4 Kesan Mikroorganisma yang Berbahaya

Kesan-kesan Buruk Mikroorganisma kepada Manusia
■ Mikroorganisma parasit mendapatkan makanan dari perumahnya dan menghasilkan toksin yang boleh memusnahkan sel-sel, tisu atau organ perumah. Mikroorganisma menyebabkan penyakit pada manusia.
■ Sebilangan mikroorganisma juga boleh menyebabkan keracunan makanan. Bakteria yang tumbuh atas makanan menghasilkan toksin dan menyebabkan sakit perut, cirit-birit dan muntah.

Penyakit yang Disebabkan oleh Mikroorganisma
■ Mikroorganisma yang merbahaya menyebabkan penyakit dipanggil patogen. Kebanyakkan patogen merupakan parasit yang hidup atas perumah. Toksin yang dihasilkan boleh menyebabkan simptom pada organisma yang dijangkiti. Patogen boleh mengandungi bakteria, virus, kulat dan protozoa.
■ Bakteria

Bakteria boleh menyebabkan penyakit seperti tibi, kolera, dan penyakit kelamin.

Penyakit Bahagian yang dijangkiti Simptom Cara jangkitan
Tibi Sistem pernafasan Keletihan, batuk, kahak berdarah, peluh malam, demam, kekurangnan berat badan Udara atau wap air
Kolera Saluran penghadaman Cirit-birit, dehidrasi, muntah tanpa loya, kekejangan otot Makanan dan air tercermar, lalat (vektor)
Sifilis Sistem pembiakan Ruam pada organ-organ seksual.
Keletihan, kurang selera makan, demam, kekejangan otot, sakit kepala.
Lumpuh dan kegagalan jantung.
Hubungan seks
■ Virus

Virus boleh menyebabkan penyakit seperti selesema, demam denggi, hepatitis A dan B, cacar, polio dan sindrom kurang daya tahan (AIDS).

Penyakit Bahagian yang dijangkiti Simptom Cara jangkitan
Selesema Sistem pernafasan Demam, bersin, batuk, sakit kepala, sakit tekak, hidung berair Udara atau wap air
Demam denggi Darah Demam, ruam merah pada kulit, sakit pada biji mata, hilang selera makan, muntah, sakit perut, pendarahan pada hidung Nyamuk aedes
Hepatitis A Hati Demam, keletihan, sakit belakang, kurang selera makan, loya, muntah, cirit-birit, penyakit kuning Air atau makanan tercemar dan lalat
Hepatitis B Hati Demam, keletihan, mata putih menjadi kuning, kurang selera makan, penyakit kuning, air kencing berwarna gelap dan sirosis hati Daripada cecair badan atau darah pembawa melalui pemindahan darah, perkongsian jarum tercemar, dan hubungan seks
AIDS Darah Sistem imum menjadi lumpuh, cirit-birit, demam, hilang berat badan dan mudah dijangkiti penyakit lain Daripada cecair badan atau darah pembawa melalui pemindahan darah, perkongsian jarum tercemar, dan hubungan seks
Cacar Sistem pernafasan dan mata Demam, batuk, sakit tekak, hidung berair, ruam pada mata dan seluruh badan Udara atau wap air
Polio Sistem saraf pusat Demam panas, sakit kepala, tekak dan otot, lumpuh anggota badan Air atau makanan tercemar
■ Kulat

Kulat menyebabkan penyakit seperti kurap dan tinea.

Penyakit Bahagian yang dijangkiti Simptom Cara jangkitan
Kurap Kulit Ruam merah pada kulit Melalui hubungan secara langsung atau tidak langsung seperti berkongsi tuala, pakaian dan sikat (dijangkiti melalui spora kulat)
Tinea Kulit Bintik putih pada kulit Melalui hubungan secara langsung atau tidak langsung seperti berkongsi tuala, pakaian dan sikat (dijangkiti melalui spora kulat)
■ Protozoa

Protozoa menyebabkan penyakit seperti malaria dan disentri

Penyakit Bahagian yang dijangkiti Simptom Cara jangkitan
Malaria Darah Demam panas dengan diselangi kesejukan, sakit kepala dan otot, menggigil, kenaikan kadar degupan jantung dan pernafasan, banyak berpeluh Nyamuk betina Anopheles yang terjangkit
Disentri Usus Demam, keletihan, muntah, loya, sakit kepala, cirit-birit, najis dengan darah dan nanah Air atau makanan tercemar

Cara Penyakit Merebak
■ Penyakit boleh merebak melalui beberapa cara iaitu udara (wap air), air, makanan, sentuham dan vektor.
■ Vektor merupakan organisma yang membawa atau memindahkan patogen kepada manusia.

Cara jangkitan Penerangan ringkas Contoh penyakit
Vektor Patogen pada lalat akan mencemarkan makanan apabila disentuh Kolera, disentri
Nyamuk memindahkan patogen kepada manusia melalui gigitan. Malaria, denggi
Air Punca air yang tercemar dengan kumbahan dan sampah boleh menyebabkan penyakit Kolera, hepatitis A, disentri, polio
Udara (wap air) Apabila seorang pesakit bersin, batuk atau bercakap, patogen di dalam wap air akan tersebar ke udara. Selesema, beguk, tibi
Patogen juga tersebar ke udara apabila ruam pesakit cacar menjadi kering. Cacar
Makanan Makanan yang tercemar melalui sentuhan, air yang kotor atau lalat Kolera, disentri, hepatitis A
Sentuhan Penyakit boleh berjangkit melalui sentuhan seperti hubungan seks, pemindahan darah dan perkongsian jarum AIDS, hepatitis B
Berjangkit melalui penggunaan tuala, baju atau sikat Tinea, kurap


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

Monday, 24 August 2015

Aktiviti Makmal 1.2.1: Mengkaji Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma

Aktiviti Makmal 1.2.1:
Mengkaji Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma
Tujuan: Untuk menkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma.
Penyata Masalah:Bagaimanakah kehadiran nutrien, kelembapan, cahaya, suhu dan pH memberi kesan kepada pertumbuhan bakteria?
Hipotesis:Bakteria hidup dengan baik dengan :

kehadiran nutrien

dalam kawasan lembap

kawasan gelap

pada suhu 37℃

pada pH neutral

Pemboleh ubah:
» yang dimalarkan : Kuantiti bakteria
» yang dimanipulasikan : Kehadiran nutrien, kelembapan, cahaya, suhu, nilai pH
» yang bergerak balas : Bilangan koloni bakteria

Bahan:
» Agar-agar nutrien
» Agar-agar tanpa nutrien
» Kultur bakteria (B. subtilis)
» Air suling
» Asid hidroklorik 1mol dm-3
» Natrium hidroksida 1mol dm-3

Radas:
» Piring petri steril
» Picagari
» Lampu meja
» Ketuhar
» Pita selofan

Prosedur:

(A) Faktor nutrien dan kelembapan
1. Sediakan 3 piring petri berlabel A, B dan C.
Piring petri A mengandungi agar-agar nutrien lembap.
Piring petri B mengandungi agar-agar nutrien kering.
Piring petri C mengandungi agar-agar lembap tanpa nutrien.
2. Tambahkan 1cm3 kultur bakteria ke dalam setiap piring petri dengan picagari.
3. Piring petri di tutup dan dikemaskan dengan pita selofan.
4. Terbalikkan piring petri dan diletakkan pada suhu bilik selama dua hari. Pemerhatian ke atas pertumbuhan bakteria direkodkan dalam jadual pada akhir eksperimen ini.

(B) Faktor cahaya
1. Sediakan 2 piring petri berlabel D dan E.
2. Langkah 2 hingga 4 (bahagian A) diulang dengan:
Piring petri D diletakkan dalam almari gelap.
Piring petri E diletakkan di bawah cahaya lampu meja yang terang.

(C) Faktor suhu
1. Sediakan 3 piring petri berlabel F, G dan H.
2. Langkah 2 hingga 4 (bahagian A) diulang dengan:
Piring petri F diletakkan dalam peti sejuk pada suhu 5℃.
Piring petri G diletakkan dalam ketuhar pada suhu 37℃.
Piring petri H diletakkan dalam ketuhar pada suhu 70℃.

(D) Faktor pH
1. Sediakan 3 piring petri berlabel I, J dan K
2. Langkah 2 hingga 4 (bahagian A) diulang dengan:
beberapa titik asid hidroklorik cair dimasukkan ke dalam piring petri I.
beberapa titik air suling dimasukkan ke dalam piring petri J.
beberapa titik natrium hidroksida cair dimasukkan ke dalam piring petri K.
Pemerhatian:

(A) Faktor nutrien dan kelembapan
Piring petri Keadaan piring petri Pemerhatian
A Agar-agar nutrien lembap Banyak tompok putih
B Agar-agar nutrien kering Tiada tompok putih
C Agar-agar lembap tanpa nutrien Tiada tompok putih

(B) Faktor cahaya
Piring petri Keadaan piring petri Pemerhatian
D Gelap Banyak tompok putih
E Sangat cerah Tiada tompok putih

(C) Faktor suhu
Piring petri Keadaan piring petri Pemerhatian
F 5℃ Tiada tompok putih
G 37℃ Banyak tompok putih
H 70℃ Tiada tompok putih

(D) Faktor pH
Piring petri Keadaan piring petri Pemerhatian
I Asid Tiada tompok putih
J Neutral Banyak tompok putih
K Alkali Tiada tompok putih

Analisis:

Tompok putih pada agar-agar nutrien adalah koloni bakteria.

Bakteria berkembang dengan baik dalam piring petri A, D, G dan J.

Bakteria berkembang secara pesat dengan kehadiran nutrien, dalam kawasan lembap, gelap, suhu 37℃, dan dalam keadaan neutral (pH7).

Bakteria tidak berkembang dalam keadaan tanpa nutrien, kering, terlalu cerah, sejuk, panas, terlalu berasid atau terlalu alkali.

Perbincangan:

Bahan-bahan dan radas disterilkan terlebih dahulu untuk memastikan tiada bakteria.

Bakteria B.subtilis digunakan kerana ia tidak merbahaya kepada manusia.

Julat suhu optimum untuk pertumbuhan bakteria adalah antara 35℃ - 40℃.

Spora bakteria akan terhapus apabila suhu melebihi 120℃. Oleh itu, agar-agar nutrien disediakan dengan didihkan dalam autoklaf atau periuk tekanan pada suhu 120℃ selama 20 minit.

Kekurangan nutrien akan membantutkan pertumbuhan bakteria, manakala berlebihan nutrien meningkatkan pertumbuhan mereka

Pirin petri diterbalikkan untuk mengelakkan wap air dari jatuh ke atas agar-agar dan mempengaruhi keputusan eksperimen.

Kesimpulan:

Keadaan yang sesuai untuk pertumbuhan bakteria ialah keadaan yang lembap, gelap, panas (suhu 30℃ hingga 37℃ , mengandungi nutrien dan nuetral (pH 7)

Hipotesis yang dibuat adalah benar.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

Thursday, 20 August 2015

1.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma
■ Suhu

Kebanyakkan mikroorganisma adalah tidak aktif pada suhu rendah.

Suhu optimum bagi kebanyakkan tindak balas yang menggunakan enzim dalam badan mikroorganisma adalah dalam julat 35℃ hingga 40℃.

Banyak mikroorganisma akan mati pada suhu yang melebihi 60℃.

Akan tetapi, sebilangan bakteria boleh tahan suhu yang sangat tinggi.

Sebilangan spora bakteria yang hidup dalam keadaan terlampau boleh tahan kepadanasan dan kesejukan. Kebanyakan spora akan terbunuh pada suhu yang melebihi 110℃.
■ pH

Mikroorganisma hidup dalam julat pH yang berlainan.

Sebilangan mikroorganisma hidup dalam keadaan yang sedikit berasid manakala sebilangan mikroorganisma lain hidup dalam keadaan yang sedikit beralkali.

Akan tetapi, banyak mikroorganisma hidup dalam medium neutral, iaitu pH7.

Kebanyakan mikroorganisma akan mati pada nilai pH terlampau seperti nilai pH yang sangat tinggi atau terlalu rendah.
■ Cahaya

Mikroorganisma fotosintetik seperti alga dan sebilangan bakteria memerlukan cahaya untuk menjalankan fotosintesis dan mensintesiskan makanan.

Akan tetapi, banyak mikroorganisma lain seperti kulat dan bakteria sesuai hidup dalam keadaan gelap.

Sinar ultraungu dalam cahaya matahari boleh membunuh sebilangan mikroorganisma.
■ Nutrien

Semua mikroorganisma kecuali virus memerlukan nutrien untuk pertumbuhan dan menjalankan proses hidup.

Dalam keadaan yang tidak sesuai untuk hidup dan tidak mendapat nutrien, banyak mikroorganisma akan mati atau bakteria akan membentuk endospora.
■ Kelembapan

Semua mikroorganisma memerlukan air atau kelembapan untuk hidup dan menjalankan proses hidup.

Kelembapan tinggi sesuai untuk pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisma.

Air adalah penting kerana air digunakan sebagai medium untuk tindak balas yang berlaku dalam badan mikroorganisma.
Aktiviti Makmal 1.2.1: Mengkaji Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma

1.3 Mikroorganisma yang Berfaedah→

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

1.1 Pengelasan Mikroorganisma

Pengelasan Organisma
■ Mikroorganisma merupakan organisma bersaiz seni dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
■ Mikroorganisma hidup dalam pelbagai habitat dan boleh dibahagikan kepada lima kumpulan utama, iaitu:

Bakteria

Virus

Kulat

Alga

Protozoa
■ Mikroorganisma dikelaskan mengikut ciri-ciri yang sama, iaitu:

Saiz

Bentuk

Kaedah pembiakan

Cara pemakanan

Habitat

Bakteria
■ Merupakan organisma unisel dan wujud dalam pelbagai bentuk.
■ Saiz

Adalah dalam julat 0.2µm hingga 10µm (1µm = 10-3mm)
■ Bentuk

Mempunyai dinding sel tetapi tidak mempunyai nukleus yang jelas.

Bahan nukleusnya boleh didapati dalam semua bahafian sel.

Dinamakan mengikut bentuk seperti kokus, basilus, spirilum dan vibrio
■ Kaedah pembiakan

Belahan dedua

Secara seks melalui pengkonjugatan

Dalam keadaan yang tidak sesuai untuk hidup, bakteria boleh membentuk endospora yang boleh menjadi dorman dalam jangka masa panjang.
■ Nutrisi

Bakteria yang mengandungi klorofil boleh menjalankan fotosintesis dan dikenali sebagai autitrofik.

Bakteria parasit yang hidup dalam alam semula jadi membawa kesan buruk kepada perumahnya.

Bakteria saprofit memainkan peranan penting sebagai pengurai. Bakteria ini menghasilkan enzim bagi mencernakan bahan organik menjadi bahan ringkas dan diserap ke dalam sel bakteria.
■ Habitat

Boleh didapati di mana-mana seperti dalam makanan, tanah, air, udara dan juga organisma mati atau hidup.
■ Bakteria merupakan hidupan yang boleh makan, bernafas, berkumuh dan membiak.
■ Video ini menerangkan tentang ciri-ciri bakteria. (English)
Virus
■ Merupakan organisma yang paling seni.
■ Saiz

Adalah dalam julat 30nm hingga 300nm (1nm = 10-6mm)

Hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop elektron.
■ Bentuk

Terdiri daripada asid nukleik, iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) dan asid ribonukleil (RNA) yang diselaputi oleh membran protein.

Bukan organisma bersel dan tidak mempunyai sitoplasma atau organel.
■ Kaedah pembiakan

Hanya boleh membiak dan berganda dalam sel perumah.
■ Nutrisi

Semua virus adalah parasit.

Parasit membawa jangkitan penyakit kepada sel perumah dengan menyerang sel dan tisu dalam badan perumah.
■ Habitat

Semua virus hidup dalam sel-sel hidup

Apabila di luar sel perumah, virus terhablur dan menjadi zarah bukan hidup

Virus boleh dikultur dan disimpan dalam bentuk hablur selama bertahun-tahun
■ Video ini menerangkan bagaimana virus memasuki badan manusia.(English)

Kulat
■ Merupakan organisma bersel yang mempunyai dinding sel.
■ Saiz

Adalah dalam julat 10µm hingga 100µm (1µm = 10-3mm)

Dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya kuasa rendah.
■ Bentuk

Kebanyakkan kulat mempunyai flagelum halus yang dikenali sebagai hifa, satu rangkaian bebenang halus dan padat yang dikenali sebagai miselium dan dinding sel yang dibuat daripada selulosa.
■ Kaedah pembiakan

Membiak secara aseks melalui pembentukan spora atau pertunasan.

Mukor merupakan contoh kulat yang membiak melalui pembentukan spora.
Sporangium pada mukor menghasilkan spora.
Apabila matang, sporangium akan pecah dan menyebarkan spora ke udara.
Spora yang jatuh pada bahan-bahan organik yang sesuai akan membesar sebagai mukor.

Yis membiak secara pertunasan.
Tunas dikeluarkan dari induknya dan berkembang sebagai yis
■ Nutrisi

Kulat tidak mempunyai klorofil, oleh itu kulat tidak boleh mensintesiskan makanan sendiri.

Sebilangan kulat ialah parasit dan kebanyakkan ialah saprofit.
■ Habitat

Hidup di tempat yang gelap dan lembap.

Boleh didapati pada bahan reput seperti bangkai haiwan, makanan seperti roti dan buah-buahan, dan pada kulit binatang atau kulit kayu.
■ Video ini menerangkan tentang kulat.(English)
Alga
■ Kebanyakkan alfa adalah akuatik dan hanya sebilangan kecil daripadanya hidup di darat.
■ Saiz

Adalah dalam julat 1µm hingga 10000µm (1µm = 10-3mm)
■ Bentuk

Mempunyai struktur seperti sel tumbuhan yang mengandungi dinding sel selulosa, nukleus, sitoplasma dan kloroplas.

Tidak mempunyai batang, akar atau daun.
■ Kaedah pembiakan

Membiak secara aseks melalui belahan dedua.

Secara seks melalui pengkonjugatan
■ Nutrisi

Mengandungi kloroplas, oleh itu alga boleh menjalankan aktiviti fotosintesis.

Alga unisel menghasilkan fitoplankton yang dimakan oleh ikan dan udang dalam rantai makanan.
■ Habitat

Hidup dengan baik di kawasan lembap yang menerima cahaya matahari

Boleh dijumpai di kawan air tawar dan air masin, seperti kolam, sungai, laut dan juga pada kulit kayu di kawasan tanah lembap.

Protozoa
■ Merupakan organisma undisel yang bersaiz seni
■ Saiz

Adalah dalam julat 5µm hingga 250µm (1µm = 10-3mm).

Dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya kuasa rendah.
■ Bentuk

Mempunyai nukleus dab sitoplasma yang dilindungi oleh membran sel

Tidak mempunyai bentuk yang tidak tetap.

Kebanyakan protozoa mempunyai silia yang membantu ia untuk bergerak.
■ Kaedah pembiakan

Ameba dan paramesium membiak melalui belahan dedua.

Paramesium juga boleh membiak secara seks melalui pengkonjugatan
■ Nutrisi

Protozoa adalah heterotrofik, ini bermakna protozoa tidak boleh membuat makanan sendiri dan hanya boleh makan autotrof atau bahan organik.

Sebilangan protozoa adalah parasit seperti plasmodium yang menyebabkan penyakit malaria.
■ Habitat

Banyak protozoa idup dalam habitat akuatik, manakala protozoa parasit hidup dalam badan perumah.

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

Bab 1: Mikroorganisma dan Kesannya Terhadap Hidupan

Isi Kandungan

1.1 Pengelasan Mikroorganisma

1.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma
Aktiviti Makmal 1.2.1: Mengkaji Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma

1.3 Mikroorganisma yang Berfaedah

1.4 Kesan Mikroorganisma yang Berbahaya

1.5 Pencegahan Jangkitan Penyakit yang Disebabkan oleh Mikroorganisma

1.6 Rawatan Penyakit yang Disebabkan oleh Mikroorganisma



⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.