Sunday 26 July 2015

Aktiviti Makmal 7.4.1: Penyerakan Cahaya


Aktiviti Makmal 7.4.1:
Penyerakan Cahaya
Tujuan: Mengkaji penyerakan cahaya

Bahan:
» Larutan natrium tiosulfat
» Asid sulfurik cair

Radas:
» Projektor slaid
» Skrin putih
» Bikar 100cm3
» Rod kaca

Prosedur:


1. Susunan rada disediakan seperti dalam rajah di atas.
2. Bikar diisi dengan larutan natrium tiosulfat.
3. Projektor slaid dihidupkan dan sumber cahaya dilaraskan supaya sinar cahaya melalui larutan natrium tiosulfat di dalam bikar.
4. Asid sulfurik cair ditambahkan sedikit demi sedikit ke dalam larutan natrium tiosulfat dan larutan itu dikacau dengan rod kaca. Ampaian putih terbentuk pada larutan.
5. Perubahan warna pada larutan dan skrin putih diperhatikan.
Pemerhatian:

Kandungan bikar Perubahan dalam bikar Perubahan pada skrin putih
Larutan natrium tiosulfat + asid sulfurik cair Larutan kelihatan biru Tompok cahaya merah kelihatan

Analisis:

Projektor slaid mewakili Matahari dalam aktiviti ini.

Campuran larutan natrium tiosulfat dan asid sulfurik cair mewakili langit.

Zarah-zarah terampai dalam bikar menyerakkan cahaya putih. Oleh sebab cahaya biru diserakkan paling banyak, campuran larutan dalam bikar kelihatan biru.

Oleh sebab cahaya merah diserakkan paling sedikit, tompok cahaya pada skrin putih kelihatan kemerahan (atau jingga).

Conclusion:

Penyerakan cahaya biru oleh zarah-zarah terampai dalam bikar menyebabkan campuran larutan kelihatan kebiruan.

Tompok cahaya kelihatan kemerahan pada skrin putih kerana cahaya merah bergerak terus melalui campuran larutan di dalam bikar.
⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment