Wednesday 12 August 2015

Aktiviti Makmal 7.1.2: Ciri-ciri Imej oleh Kanta Cembung dan Cekung


Aktiviti Makmal 7.1.2:
Ciri-ciri Imej oleh Kanta Cembung dan Cekung
Tujuan: Memahami ciri-ciri imej objek jauh yang dibentuk oleh kanta cembung dan cekung.
Radas:
» Kanta cembung
» Kanta cekung
» Pemegang kanta
» Skrin

Prosedur:

1. Tetapkan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas.
2. Laraskan skrin sehingga imej yang tajam terbentuk di atasnya dan pemerhatian ke atas ciri-ciri imej direkodkan.
3. Ulang eksperimen dengan menggunakan kanta cekung.
Pemerhatian:

Ciri-ciri imej Kanta cembung Kanta cekung
Imej pada skrin Ya Tiada
Saiz imej berbanding objek Mengecil Mengecil
Tegak atau songsang Songsang Tegak

Analisis:

Pemerhatian pada skrin menunjukkan imej yang dibentuk oleh kanta cembung adalah benar.

Imej tidak terbentuk pada skrin, oleh itu imej yang dibentuk oleh kanta cekung adalah maya.

Kesimpulan:

Imej objek jauh yang dibentuk oleh kanta cembung adalah benar, kecil dan terbalik.

Imej objek jauh yang dibentuk oleh kanta cekung adalah maya, kecil dan tegak.

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment