Wednesday 12 August 2015

Aktiviti Makmal 7.1.1: Ciri-ciri Imej pada Cermin Satah


Aktiviti Makmal 7.1.1:
Ciri-ciri Imej pada Cermin Satah
Tujuan: Memahami ciri-ciri imej pada cermin satah.
Radas:
» Cermin satah
» Skrin
» Kadbod

Prosedur:

1. Huruf 'K' ditulis di atas sekeping kadbod dan diletakkan di hadapan sebuah cermin satah seperti yang ditunjukkan di atas.
2. Bentuk imej pada cermin satah diperhatikan.
3. Skrin diletakkan di belakang cermin satah dan imej yang dibentuk pada skrin diperhatikan.
Pemerhatian:

Imej yang tegak, songsang sisi dan saiz yang sama seperti objek dapat dilihat pada cermin satah.

Tiada imej yang diperhatikan pada skrin.
Analisis:

Bentuk imej di cermin satah adalah tegak, songsang sisi dan saiz yang sama dengan objek.

Tiada imej terbentuk pada skrin yang menunjukkan bahawa bentuk imej di cermin satah adalah maya.

Kesimpulan:

Imej yang terbentuk di atas cermin satah adalah tegak, songsang sisi, sama saiz dengan objek dan maya.

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment