Wednesday 1 July 2015

Aktiviti Makmal 5.1.2: Perubahan Kimia


Aktiviti Makmal 5.1.2:
Perubahan Kimia
Tujuan: Untuk memahami perubahan kimia.
Bahan:
» Serbuk besi
» Serbuk sulfur
» Ketulan zink
» Larutan kumprum(II) sulfat
» Serbuk kumprum(II) karbonat
» Paku besi
» Air
» Air kapur

Radas:
» Penunu Bunsen
» Tabung uji
» Penyumbat getah
» Salur penghantar
Prosedur:

A. Serbuk besi dengan serbuk sulfur
1. Campuran serbuk sulfur kuning dan serbuk besi kelabu dipanaskan.

B. Zink dengan larutan kuprum(II) sulfat
1. Ketulan zink ditambahkan ke dalam larutan kupril(II) sulfat.
2. Campuran tersebut digoncang.

C. Paku besi
1. Sebatang paku besi yang telah digosok dengan kertas pasir, direndam dalam air selama dua hari.

D. Kuprum(II) karbonat
1. Serbuk kuprum(II) karbonat dipanaskan dengan cepat.
2. Gas yang terhasil diuji dengan air kapur.
Pemerhatian:

A. Serbuk besi dengan serbuk sulfur (English)

Campuran itu bercahaya dan pepejal hitam terbentuk.

B. Zink dengan larutan kuprum(II) sulfat (English)

Larutan biru menjadi tidak berwarna dan mendapan pepejal coklat di permukaan zink.

C. Paku besi (English)

Paku besi itu menjadi karat.

D. Kuprum(II) karbonat (English)

Kuprum(II) karbonat bertukar menjadi hitam dan air kapur menjadi keruh.
Analisis:
D. Kuprum(II) karbonat

A. Serbuk besi dengan serbuk sulfur
Besi bertindak balas dengan sulfur untuk menghasilkan pepejal hitam besi sulfida.
Besi + sulfur → besi sulfida
Pepejal hitam besi sulfida mempunyai sifat yang berlainan dari bahan tindak balas.

B. Zink dengan larutan kuprum(II) sulfat
Zink bertindak balas dengan larutan kuprum(II) sulfat untuk menghasilkan zink sulfat dan pepejal coklat kuprum.
Zink + kuprum(II) sulfat → zink sulfat + kuprum
Sifat dan komposisi hasil eksperimen adalah berbeza daripada bahan tindak balas.

C. Paku besi
Besi bertindak balas dengan okisgen dan air untuk menghasilkan karat, iaitu besi(III) oksida terhidrat.
Besi + oksigen + air → besi(III) oksida terhidrat
Sifat dan komposisi hasil eksperimen adalah berbeza daripada bahan tindak balas.

Kuprum(II) karbonat teruari menjadi pepejal hitam kuprum(II) oksida apabila dipanaskan.
Kuprum(II) karbonat → kuprum(II) oksida + karbon dioksida
Sifat dan komposisi hasil eksperimen adalah berbeza daripada bahan tindak balas.
Kesimpulan:

Perubahan kimia yang terjadi menyebabkan sifat dan komposisi produk akhir berbeza daripada bahan tindak balas.

Peubahan kimia yang terjadi menyebabkan warna produk akhir berbeza daripada bahan tindak balas.

Dalam sesetengah tindak balas, perubahan kimia memerlukan tenaga haba sebagai punca tenaga.

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment