Thursday 30 July 2015

7.8 Kepentingan Warna dalam Kehidupan Harian

Kegunaan Warna Dalam Kehidupan Seharian
■ Percetakan

Prinsip penolakan warna merupakan asas dalam percetakan.

Pigmen berwarna sian, kuning, magenta dan hitam digunakan untuk menghasilkan gambar berwarna.

Gambar berwarna dicetak empat kali, dengan menggunakan warna yang berlainan.

Animasi dibawah menunjukkan proses percetakan gambar berwarna.
■ Pendawaian elektrik

Kod warna antarabangsa digunakan dalam pendawaian palam tiga-pin.

Kod warna dalam pendawaian palam tiga-pin
Perang - dawai hidup
Biru - dawai neutral
Kuning berbelang hijau - dawai bumi
■ Lampu isyarat

Terdiri daripada tiga warna, iaitu merah, kuning dan hijau.

Kod warna dalam pendawaian palam tiga-pin
Merah - berhenti
Kuning - bersedia untuk berhenti
Hijau - berjalan
■ Simbol dan isyarat

Lampu merah pada ambulans menandakan keadaan kecemasan.

Garisan kuning di sepanjang tepi jalan menandakan kawasan larangan meletakkan kenderaan.

Satu garisan putih di tengah jalan memisahkan lorong kiri dan lorong kanan jalan.
Kepentingan Warna Kepada Kehidupan
■ Kepentingan warna

Melindungi dari bahaya
Memudahkan pemburuan
Memberi amaran - haiwan beracun
Menarik perhatian
Proses pendebungaan
Penyebaran benih

Contoh latihan 7.8(a)
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
(a) Prinsip __________penolakan cahaya digunakan dalam percetakan gambar berwarna.
(b) Haiwan beracun mempunyai warna badan yang terang untuk memberi __________amaran kepada musuh meraka.
(c) Kelopak bunga yang berwarna-warni menarik perhatian serangga untuk proses __________pendebungaan.
(d) Bunga merak jantan menebarkan bulu mereka untuk __________menarik perhatian burung betina bagi tujuan pembiakan.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment