Thursday 30 July 2015

7.7 Kesan Pencampuran Pigmen

Pigmen dan Kegunaannya
■ Pigmen

Bahan yang menyerap sesetengah warna cahaya dan memantulkan warna-warna yang lain.

Pigmen semula jadi dapat diperoleh daripada mineral, tumbuhan dan haiwan.

Pigmen sintetik dibuat daripada arang atau minyak untuk dijadikan pencelup warna.
■ Kegunaan pigment.

Cat
Cat air / cat minyak
Pewarna makanan
Pencelup warna
Kesan Pencampuran Pigmen
■ Pigmen

Warna primer bagi pigmen ialah merah, biru dan kuning.

Hijau, ungu dan jingga merupakan warna sekunder pigmen.
■ Penyerapan dan pantulan warna oleh warna pigmen

Animasi berikut menunjukkan penyerapan dan pantulan warna oleh warna pigmen.
■ Pencampuran pigmen

Pencampuran warna merah, biru dan kuning dalam kuantiti yang berlainan menghasilkan warna yang pelbagai.

Apabila warna-warna ini dicampurkan dalam kuantiti yang betul, warna hitam diperoleh.
■ Analisis dari kesan pencampuran pigmen

Pencampuran pigmen berdasarkan prinsip penolakan cahaya berwarna.

Pigmen mempunyai sifat menyerap dan memantulkan warna-warna tertentu apabila disinari cahaya putih.

Apabila dia pigmen dicampurkan, warna yang terhasil ialah warna yang dipantulkan oleh kedua-dua pigmen itu.

Animasi berikut menunjukkan warna yang terhasil apabila dua pigmen yang berbeza dicampur.
Perbandingan antara Pencampuran Pigmen Berwarna dengan Penambahan Cahaya Berwarna
■ Persamaan

Dapat dicampurkan untuk memperoleh warna yang lain
■ Perbandingan

Perbezaan Pencampuran pigmen berwarna Penambahan cahaya berwarna
Ketulenan warna Tidak tulen Tulen
Cara pencampuran warna Penolakan cahaya Penambahan cahaya
Warna primer Merah, biru dan kuning Merah, biru dan hijau
Warna sekunder Hijau, ungu dan jingga Magenta, kuning dan sian
Hasil pencampuran warna

Contoh latihan 7.7(a)
Pilih betul [✔] atau salah [✘] untuk kenyataan-kenyataan berikut.
Kenyataan
Pigmen merupakan bahan yang menyerap sesetengah warna dan memantulkan warna-warna yang lain.
Cat dan pewarna mengandungi pigmen.
Warna primer bagi pigmen ialah merah, biru dan hijau.
Pencampuran pigmen berdasarkan prinsip penambahan cahaya berwarna.

Contoh latihan 7.7(b)
Berikan jawapan yang tepat untuk pencampuran warna pigmen dan penambahan warna cahaya.
Warna Pencampuran warna pigmen Penambahan warna cahaya
Merah + putih Jingga Kuning
Merah + biru Ungu Magenta
Merah + hijau Hitam Kuning
Kuning + biru Hijau Putih
Kuning + magenta Merah Putih
Magenta + sian Biru Putih

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment