Monday, 27 July 2015

7.5 Penambahan dan Penolakan Cahaya Berwarna

Penambahan Cahaya Berwarna
■ Warna primer

Warna yang tidak dapat diperoleh daripada pencampuran warna yang lain.

Terdapat tiga warna primer, iaitu merah, biru dan hijau.
■ Warna sekunder

Warna yang terhasil daripada pencampuran warna-warna primer.

Terdapat tida warna sekunder, iaitu kuning, magenta dan sian.
■ Pencampuran warna-warna primer untuk menghasilkan warna-warna sekunder

Pencampuran antara dua warna primer akan menghasilkan warna sekunder.
Biru + Hijau → Sian
Merah + Hijau → Kuning
Biru + Merah → Magenta

Penambahan warna primer dan warna sekunder dapat menghasilkan cahaya putih.
■ Animasi dibawah menunjukkan hasil campuran warna-warna primer.


Aktiviti Makmal 7.5.1: Penambahan Warna Primer
Penolakan Cahaya Berwarna
■ Merupakan proses penyerapan cahaya berwarna oleh penapis warna.
■ Penapis warna terdiri daripada:

Penapis primer
Terdiri daripada penapis merah, hijau, biru
Hanya membenarkan cahaya yang sama warna dengannya melaluinya. Cahaya berwarna yang lain akan diserap.
Contoh: Penapis hijau hanya membenarkan cahaya hijau melaluinya.

Penapis sekunder
Terdiri daripada penapis kuning, magenta, sian
Membenarkan cahaya yang sama warna dengannya dan warna primer yang membentuknya melaluinya.
Contoh: Penapis kuning membenarkan cahaya kuning dan warna primer yang membentuknya, iaitu cahaya merah dan hijau melaluinya.
■ Kesan daripada penapis yang berwarna

Penapis warna Penerangkan ringkas
Penapis hijau hanya membenarkan cahaya hijau melaluinya. Cahaya berwarna lain diserap.
Cahaya merah tidak dapat melalui penapis hijau. Cahaya merah diserap oleh penapis hijau.
Penapis kuning hanya membenarkan cahaya kuning, merah dan hijau melaluinya.
Penapis sian hanya membenarkan cahaya sian, biru dan hijau melaluinya.
Oleh itu, cahaya hijau dapat melalui penapis sian dan terbentuk pada skrin.
Penapis kuning hanya membenarkan cahaya kuning, merah dan hijau melaluinya.
Penapis biru hanya membenarkan cahaya biru melaluinya.
Tiada cahaya berwarna yang dapat melalui penapis biru. Cahaya kuning, merah dan hijau diserap.
■ Animasi dibawah menunjukkan kesan penapis warna.


Aktiviti Makmal 7.5.2: Penolakan Cahaya Berwarna
Contoh latihan 7.5(a)
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
(a) Warna primer terdiri daripada __________merah, hijau dan biru.
(b) Warna sekunder terdiri daripada __________kuning, magenta dan sian.

Contoh latihan 7.5(b)
Nyatakan warna cahaya yang terbentuk dengan menambah warna berikut bersama-sama.
Penambahan cahaya berwarna Hasil penambahan cahaya
Merah + Biru Magenta
Merah + Hijau Kuning
Hijau + Biru Sian
Hijau + Merah + Biru Putih

Contoh latihan 7.5(c)
Nyatakan warna cahaya yang terbentuk pada skrin putih apabila cahaya putih melalui kedua-dua penapis berwarna A dan B.
Penapis A Penapis B Cahaya berwarna atas skrin putih
Hijau Biru Tiada warna
Hijau Kuning Hijau
Hijau Sian Hijau
Merah Magenta Merah
Kuning Merah Merah
Kuning Magenta Merah
Biru Sian Biru
Magenta Biru Biru
Sian Magenta Biru


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment