Thursday 23 July 2015

7.3 Penyebaran Cahaya

Spektrum
■ Penyebaran cahaya ialah proses cahaya putih dipecahkan kepada juzuk-juzuk warnanya yang disebut spektrum apabila melalui prisma.
■ Penyebaran cahaya putih melalui prisma:

Spektrum terdiri daripada tujuh warna dalam tertib ini: merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Penyebaran cahaya berlaku kerana setiap juzuk warna bergerak pada kelajuan yang berlainan melalui prisma.

Oleh sebab itu, cahaya-cahaya berwarna dibiaskan pada sudut yang berbeza.

Cahaya ungu banyak dibiaskan oleh prisma kaca berbanding dengan cahaya merah yang mempunyai panjang gelombang yang lebih panjang. Hal ini demikian kerana cahaya ungu bergerak dengan halaju yang paling perlahan.

■ Video ini menunjukkan apa yang berlaku apabila cahaya putih melalui prisma. (English)
Laboratory Activity 7.3.1: Penyebaran Cahaya Putih oleh Prisma Kaca
Pembentukan Pelangi
■ Pelangi:

Fenomena semula jadi yang berkaitan dengan penyebaran cahaya.

Dapat dilihat semasa hujan renyai-renyai pada waktu pagi atau petang apabila cahaya matahari menyinari titisan-titisan air hujan.

Titisan air hujan bertindak sebagai prisma. Cahaya matahari akan dibiaskan dan disebarkan kepada juzuk-juzuk warnanya.
■ Pembentukan pelangi:


Cahaya matahari menyinari titisan air hujan.

Sebahagian daripada cahaya dipantulkan di permukaan luar titisan air hujan.

Sebahagian cahaya dibiaskan pada sudut yang berbeza dalam titisan air hujan.

Cahaya dipecahkan kepada juzuk-juzuk warnanya melalui penyebaran.

Juzuk-juzuk warna dipantulkan di permukaan dalam titisan air hujan.

Pembiasan cahaya berlaku sekali lagi apabila cahaya keluar dari titisan air hujan.

Pelangi terbentuk di langit.
Laboratory Activity 7.3.2: Pembentukan Pelangi
■ Video ini menunjukkan bagaimana pelangi terbentuk. (English)

Contoh latihan 7.3(a)
Nyatakan warna-warna spektrum dari P ke Q seperti yang ditunjukkan rajah dibawah.

__________Ungu__________Indigo__________Biru → Hijau → __________Kuning__________Jingga__________Merah


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

12 comments: