Thursday 23 July 2015

7.2 Pembentukan Imej oleh Alatan Optik

Alat-alat optik
■ Periskop

Periskop adalah alat untuk pemerhatian dari tempat yang tersembunyi.

Terdiri daripada dua cermin satah yang disusun secara selari antara satu sama lain pada sudut 45°.

Sinar cahaya daripada objek yang jauh menuju ke permukaan cermin pertama pada sudut 45 °. Kemudia, sinar itu dipantulkan ke cermin kedua pada sudut yang sama.

Cermin kedua memantulkan sinar cahaya kepada mata pemerhati.

Imej yang terbentuk oleh periskop adalah maya, tegak, sama saiz dengan objek dan mempunyai jarak yang sama dari objek.
■ Kanta pembesar

Digunakan untuk memerhatikan objek yang kecil. Imej yang terbentuk adalah lebih besar daripada saiz objek.

Kanta pembesar dibina daripada kanta dwicembung.

Jarak objek adalah kurang daripada panjang fokus, sekali gus imej yang terbentuk adalah maya, tegak dan lebih besar daripada saiz objek. Rajah sinar yang melalui kanta pembesar adalah seperti dibawah.
■ Mikroskop

Mikroskop digunakan untuk memperbesarkan objek seni yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Mikroskop mempunyai dua kanta cembung, iaitu kanta objek dan kanta mata yang mempunyai jarak fokus yang pendek.

Namun demikian, jarak fokus kanta objek, fo, adalah lebih pendek daripada kanta mata, fe

Kanta objek membentuk imej nyata, songsang dan lebih besar daripada saiz objek.

Kanta mata bertindak sebagai kanta pembesar untuk membesarkan imej yang dibentuk oleh kanta objek, I1. Imej akhir, I2 yang terbentuk adalah maya, songsang dan diperbesarkan.
■ Teleskop

Digunakan untuk melihat objek yang jauh.

Terdiri daripada dua kanta cembung, iaitu kanta objek dan kanta mata,

Kanta objek mempunyai jarak fokus, fo yang panjang, manakala kanta mata mempunyai jarak fokus, fe yang pendek.

Objek jauh difokuskan oleh kanta objek dan membentuk imej di titik fokus, Fo. Imejnya adalah nyata, songsang dan lebih kecil daripada saiz objek.

Kanta mata bertindak sebagai kanta pembesar untuk membesarkan imej nyata yang dibentuk oleh kanta objek, I1. Imej akhir, I2 yang terbentuk adalah maya, songsang dan lebih besar daripada objek.
■ Kamera

Kamera berfungsi seperti mata manusia

Terdiri daripada tiga bahagian iaitu kanta, pengatup dan filem.

Kanta memfokuskan cahaya untuk membentuk imej ke atas filem. Kanta dapat dilaraskan oleh pelaras fokus sama ada mendekati atau menjauhi filem untuk mendapatkan imej yang tajam bagi suatu objek.

Bagi memfokuskan objek dekat, kanta dilaraskan menjauhi filem untuk mendapat imej yang tajam.

Bagi memfokuskan objek jauh, kanta dilaraskan mendekati filem untuk mendapat imej yang tajam.

Cahaya yang masuk akan melalui diafragma. Diafragma mengubah saiz bukaan untuk mengawal jumlah cahaya yang masuk melalui kanta.

Apabila pengatup dibuka, cahaya tersinar pada filem. Masa untuk pangatup membuka menentukan jumlah cahaya yang tersinar pada filem.

Imej objek akan terbentuk pada filem yang mengandungi bahan kimia yang peka cahaya.

Imej yang terbentuk pada filem adalah nyata, songsang dan lebih kecil daripada objek.

Aktiviti Makmal 7.2.1: Kamera Lubang Jarum
Perbandingan Antara Fungsi Mata dan Fungsi Kamera
■ Kamera berfungsi seperti mata manusia.

Mempunyai fungsi yang sama dengan mata manusia.
■ Kamera berfungsi seperti mata manusia.

Perbandingan struktur mata dengan fungsi kamera:
Mata Fungsi Kamera
Kanta mata Memfokuskan cahaya untuk membentuk imej Kanta kamera
Iris Mengawal saiz anak mata atau bukaan kamera dan jumlah cahaya yang masuk Diafragma
Anak mata Membenarkan cahaya masuk Bukaan
Otot sila Mengubah saiz kanta mata atau jarak kanta kamera untuk mendapatkan imej yang tajam Pelaras fokus
Retina Bertindak sebagai lapisan peka cahaya untuk memperoleh imej yang tajam Filem
Koroid Bahagian gelap yang mengelakkan pantulan cahaya Kotak kedap cahaya
■ Pembentukan imej pada mata dan kamera

Aspek Mata Kamera
Komponen mengawal kanta Otot sila Pelaras fokus
Fungsi Mengawal ketebalan kanta mata dan mengawal panjang fokus kanta mata. Mengawal jarak antara kanta dan filem untuk mendapatkan imej yang tajam.
Rajah sinar ketika melihat objek dekat
Rajah sinar ketika melihat objek jauh
■ Perbandingan cahaya yang dikawal di mata dan kamera:

Aspek Mata Kamera
Komponen Iris Diafragma
Fungsi Mengawal saiz anak mata dan jumlah cahaya yang memasuki mata Mengawal saiz bukaan dan jumlah cahaya yang memasuki kamera
Bilik yang terang
Iris akan mengendur. Saiz anak mata dikecilkan dan jumlah cahaya yang memasuki mata akan berkurang.
Diafragma akan mengurangkan saiz bukaan dan jumlah cahaya yang memasuki kamera akan berkurang.
Bilik yang malap
Iris akan mengecut. Saiz anak mata dibesarkan dan jumlah cahaya yang memasuki mata akan bertambah.
Diafragma akan menambah saiz bukaan dan jumlah cahaya yang memasuki kamera akan bertambah.

Contoh latihan 7.2(a)
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
(a) __________Periskop terdiri daripada dua cermin satah yang disusun secara selari antara satu sama lain pada sudut 45°.
(b) __________Kanta pembesar dibina daripada kanta dwicembung.
(c) Jarak fokus kanta objek di dalam __________mikroskop adalah lebih pendek daripada kanta mata.
(a) Jarak fokus kanta objek di dalam __________teleskop adalah lebih panjang daripada kanta mata.


Contoh latihan 7.2(b)
Nyatakan bahagian mata manusia yang mempunyai fungsi yang sama seperti bahagian-bahagian kamera.
Kamera Mata
Kanta cembung Kanta mata
Diafragma Iris
Filem Retina
Bukaan Anak mata
Pelaras fokus Otot sila


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment