Thursday 2 July 2015

5.3 Siri Kereaktifan Logam

Tindak Balas Logam dengan Air
■ Tindak balas logam dengan air:

Logam-logam seperti kalium, natrium dan kalsium bertindak balas dengan air untuk menghasilkan hidroksida logam dan membebaskan hidrogen.

Kereaktifan logam bertindak balas dengan air boleh ditulis seperti:
Logam reaktif + air → hidroksida logam + hidrogen
Natrium + air → natrium hidroksida + hidrogen

Logam seperti emas, plumbum, perak dan tembaga tidak bertindak balas dengan air dan wap air.
Aktiviti Makmal 5.3.1: Mengkaji Tindak Balas Logam dengan Air

Tindak Balas Logam dengan Asid
■ Tindak balas logam dengan asid

Logam-logam seperti magnesium, aluminium, zink dan besi bertindak balas dengan asid cair untuk menghasilkan garam dan membebaskan gas hidrogen.

Kereaktifan logam bertindak balas dengan asid cair boleh ditulis seperti:
Logam + asid cair → garam + hidrogen
Magnesium + asid hidroklorik cair → magnesium klorida + hidrogen

Logam-logam seperti kuprum, argentum dan merkuri tidak dapat bertindak balas dengan asid cair kerana logam-logam itu adalah tidak reaktif.
Aktiviti Makmal 5.3.2: Mengkaji Tindak Balas Logam dengan Asid Cair
Tindak Balas Logam dengan Oksigen
■ Tindak balas logam dengan oksigen

Logam-logam yang berlainan bertindak balas mengikut kecergasan yang berbeza dengan oksigen.

Apabila logam dipanaskan dalam oksigen, tindak balas berlaku untuk mneghasilkan oksida logam.
Logam + oksigen → oksida logam
Zink + oksigen → zink oksida

Kecergasan tindak balas boleh ditentukan oleh kecerahan api yang dihasilkan.
Logam Sangat reaktif Reaktif Kurang reaktif
Nyalaan api Nyalaan sangat terang Nyalaan terang Baraan malap

Contoh:
Kalium, natrium, kalsium dan magnesium terbakar dengan kilauan yang terang dan cepat.
Aluminium, zink, timah, plumbum, besi dan kuprum terbakar dengan nyalaan terang yang merebak secara perlahan.
Perak, emas dan platinum tidak bertindak balas dengan oksigen.
Aktiviti Makmal 5.3.3: Mengkaji Tindak Balas Logam dengan Asid Oksigen

Ringkasan Kereaktifan Logam
■ Ringkasan kereaktifan logam dengan air, asid dan oksigen.
Siri Kereaktifan Logam
■ Siri kereaktifan logam

Satu siri yang menunjukkan susunan kereaktifan logam dengan oksigen.

Logam yang cergas bertindak balas diletakkan di atas siri ini dengan tertib menurun.

Oleh itu kalium adalah logam yang paling reaktif dan emas adalah logam yang paling tidak reaktif.

Siri Kereaktifan logam:


Kedudukan Karbon Dalam Siri Keraktifan Logam
■ Karbon

Merupakan satu unsur bukan logam tetapi ia bertindak balas dengan oksigen berlebihan untuk membentuk karbon dioksida. Oleh itu karbon juga termasuk dalam siri kereaktifan logam.
■ Kedudukan karbon dalam siri keraktifan logam

Bandingkan daya tarikan terhadap oksigen dengan bahan-bahan lain.

Apabila karbon dipanaskan dengan oksida logam X, kereaktifan boleh ditentukan jika:
logam X kehilangan oksigen dan api terang atau cahaya yang dilihat, ini menunjukkan bahawa karbon lebih reaktif daripada logam X
logam X oksida mengekalkan oksigen dan tiada api atau cahaya yang dilihat, ini menunjukkan bahawa karbon adalah kurang reaktif daripada logam X.

Aktiviti Makmal 5.3.4: Kedudukan Karbon dalam Siri Kereaktifan Logam

Contoh latihan 5.3(a)
Tulis semula siri kereaktifan dalam tertib menurun dengan tepat.
Kalium → __________Natrium__________Kalsium__________Magnesium → Aluminium → __________Zink__________Besi__________Timah__________Kuprum__________Perak → Emas
 

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

21 comments:

  1. Carbon jenis APA yg boleh dibentuk seperti besi pancing

    ReplyDelete
  2. Ada ke tindak balas Logam dgn karbon dioksida?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara mudah takde tindak balas kimia berlaku
      BUT bole terangkan soalan? Maksudnya dua2 dicampur dan dipanaskan? Semasa pemanasan tu dibekalkan oksigen tak? Klau oksigen hadir, tindak balas pengoksidaan logam akan berlaku; menghasilkan oksida logam (kalium oksida etc)

      Delete
  3. logam apa yang bertindak balas dengan hidrogen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara umumnya xde tindak balas...mostly tindak balas kimia kalau berlaku pemanasan bersama sama bahan yg dicampur

      Delete
    2. Secara kehidupan harian kita, logam tulen akan mudah berkarat (teroksida) bila terdedah kpd udara atau air (yg mengandungi H² dan O² atau molekul H²O)
      Logam campuran (aloi) tidak mustahil berkarat jgk sbb komposisi Ferum (unsur logam yg mudah berkarat) juga hadir dlm kuantiti yg bnyk

      Delete
  4. bagaimana dengan tindak balas asid dan logam oksida?

    ReplyDelete
  5. Kenapa hidrogen dan karbon dimasukkan ke dalam siri kereaktifan logam.. sedangkan dua unsur ni bukan logam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ah tu. aku pun bingung gak part ni

      Delete
    2. sebab dua tu boleh bertindak balas dengan oksigen. jadi, kereaktifan karbon dengan hidrogren juga boleh dibandingkandengan kereaktifan logam terhadap oksigen.

      Delete
  6. apakah dua unsur bukan logam yang dimaksukkan ke dalam siri kereaktifan logam

    ReplyDelete
  7. Saya dah pengsan semasa belajar bab ni

    ReplyDelete
  8. Nyatakan 2 logam yang kurang reaktif berbanding karbon

    ReplyDelete
  9. Zink oksida bertindak balas dengan karbon untuk menghasilkan apa

    ReplyDelete