Wednesday 12 August 2015

Aktiviti Makmal: 4.1.1 Perubahan Keadaan Jirim

Aktiviti Makmal: 4.1.1 Perubahan Keadaan Jirim
Tujuan: Untuk memerhatikan perubahan keadaan jirim.
Bahan:
» Kiub ais

Radas:
» Termometer
» Bikar 50ml
» Tungku kaki tiga
» Penunu Bunsen
» Dawai kasa
Prosedur:

1. Letakkan kiub ais ke dalam bikar dan suhu direkodkan.
2. Panaskan kiub ais secara perlahan-lahan dan dikacau dengan termometer.
3. Rekodkan suhu perubahan setiap 60 saat sehingga kiub ais cair dan mendidih.
4. Perhatikan dan rekodkan perubahan keadaan jirim.
Pemerhatian:

Animasi di bawah menunjukkan pemerhatian eksperimen.
1. Ais cair dan bertukar kepada cecair apabila dipanaskan.
2. Cecair itu mendidih dan menjadi wap apabila dipanaskan.
3. Tidak ada perubahan suhu semasa perubahan keadaan jirim..
Keputusan:
Masa (saat) Suhu (℃) Keadaan jirim
0 0 Pepejal
60 0 Pepejal
120 0 Pepejal
180 14 Cecair
240 28 Cecair
300 42 Cecair
360 57 Cecair
420 71 Cecair
480 85 Cecair
540 100 Cecair + gas
600 100 Cecair + gas
Graf:

Analisis:

Semasa perubahan keadaan ais kepada cecair, suhu kekal malar pada 0℃. Ini adalah takat lebur ais.

Semasa pertukaran cecair ke keadaan gas, suhu kekal malar 100℃. Ini adalah takat didih cecair.

Tenaga haba diserap ketika proses pemanasan.
Perbincangan:

Apabila perubahan air menjadi ais, suhu kekal malar pada 0℃. Ini adalah takat beku air.

Tenaga haba dilepaskan semasa pembekuan.
Conclusion:

Tenaga haba diserap oleh zarah menyebabkan ais cair menjadi keadaan cecair.

Sepanjang pemanasan, tenaga haba yang diserap oleh zarah menyebabkan air berubah menjadi wap.

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment