Monday, 29 June 2015

4.6 Sifat dan Kegunaan Logam dan Bukan Logam

Logam dan Bukan Logam
■ Unsur boleh dikelaskan kepada unsur logam dan unsur bukan logam.
■ Unsur logam

Wujud pada suhu bilik dalam keadan pepejal, kecuali merkuri.

Mulur dan dapat ditempa.

Merupakan konduksi elektrik yang baik kerana terdapat banyak elektron bebas.

Merupakan konduksi haba yang baik kerana atomnya tersusun rapat.

Contoh seperti besi, aluminium, zink, tembaga, plumbum, tin dan emas.
■ Unsur bukan logam

Wujud pada suhu bilik dalam keadan pepejal, cecair dan gas.

Takat lebur dan takat didih yang rendah kerana daya tarikan yang lemah.

Tidakboleh menjadi konduksi elektrik kerana zarah-zarah tidak bercas.

Merupakan konduksi haba yang lemah.

Contoh seperti iodin, sulfur dan bromin.

Sifat Fizikal Logan dan Bukan Logam
■ Persamaan antara logam dan bukan logam:

Kedua-duanya adalah unsur
■ Perbandingan antara logam dan bukan logam:

Ciri-ciri Logam Bukan logam
Keadaan permukaan Berkilau Pudar
Kemuluran Mulur Tidak mulur
Ketertempaan Dapat ditempa Tidak dapat ditempa
Kekuatan regangan Tinggi Rendah
Kekonduksian elektrik Baik Tidak konduksi (kecuali karbon)
Kekonduksian haba Baik Lemah
Takat lebur dan takat didih Tinggi Rendah
Kegunaan Logam dan Bukan Logam dalam Kehidupan Harian
■ Hubungan antara sifat-sifat fizikal dan kegunaan logam:

Unsur Sifat fizikal Kegunaan
Besi Kekuatan tegangan yang tinggi Landasan kereta api dan rangka jambatan
Aluminium Ringan dan konduktor elektrik dan haba yang baik Peralatan dapur dan kabel elektrik
Tembaga Mulur, dapat ditempa dan konduktur elektrik dan haba yang baik Wayar elektrik
Tin Tidak karat Penyaduran tin makanan
■ Hubungan antara sifat-sifat fizikal dan kegunaan bukan logam:

Unsur Sifat fizikal Kegunaan
Karbon (grafit) Lembut, licin dan konduksi elektrik yang bagus Lead pensel dan digunakan sebagai elektrod dalam elektrolisis dan sel kering
Karbon (berlian) Keras Untuk menggerudi batu
Gas neon dan kripton Konduksi haba yang lemah Lampu untuk papan iklan
Klorin Berasid Membunuh kuman di dalam air

Contoh latihan 4.6(a)
Nyatakan perbezaan sifat fizikal antara logam dan bukan logam
Ciri-ciri Logam Bukan logam
Keadaan permukaan Berkilau Pudar
Kemuluran Mulur Tidak mulur
Ketertempaan Dapat ditempa Tidak dapat ditempa
Kekuatan regangan Tinggi Rendah
Kekonduksian elektrik Baik Tidak konduksi (kecuali karbon)
Kekonduksian haba Baik Lemah


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

1 comment: