Monday 29 June 2015

4.5 Sifat Bahan Berdasarkan Kandungan Zarahnya

Bahan Atom
■ Jenis-jenis zarah:

Atom : zarah terkecil dalam unsur

Molekul : gabungan atom-atom

Ion : zarah yang mengandungi ion positif atau ion negatif
■ Animasi di bawah menunjukkan pengelasan zarah. (English)
■ Bahan atom

Terdiri daripada atom sahaja

Atom-atom dalam bahan atom ditarik bersama oleh daya tarikan kimia yang kuat

Unit asas kesemua logam dan gas adi adalah terdiri daripada atom

Contoh bahan atom adalah tembaga, plumbum dan natrium

Sebatian Molekul
■ Molekul

Terdiri daripada dua atau lebih atom daripada jenis yang sama atau jenis yang berbeza yang bergabung secara kimia.

Kebanyakkan bukan logam dan sebatian adalah terdiri daripada molekul.
■ Daya tarikan

Molekul dihasilkan daripada atom bukan logam yang ditarik bersama oleh ikatan kovalen yang kuat

Daya tarikan antara molekul adalah lemah. Daya tarikan lemah ini dipanggil daya tarikan Van der Waals.
Sebatian Ionik
■ Ion

Terdiri daripada ion negatif dan ion positif sahaja
■ Sebatian ionik

Terbentuk apabila atom logam bergabung dengan atom bukan logam melalui ikatan kimia untuk membentuk sebatian

Contoh:
Natrium klorida
Plumbum (II) Bromin
Magnesium oksida
■ Contoh : Pembentukan bahan ionik

Apabila natrium (logam) bertindak balas dengan klorin (gas) untuk membentuk sebatian, atom natrium akan kehilangan elektron untuk membentuk ion natrium yang positif.

Atom klorin akan menerima elektron untuk membentuk ion klorida yang negatif.

Sifat Fizikal Atom, Molekul dan Sebatian Ionik
■ Sifat fizikal suatu sebatian bergantung pada:

Jenis zarah

Susunan zarah

Daya tarikan antara zarah-zarah
■ Animasi di bawah menunjukkan hubungan antara sifat-sifat fizikal bahan atom, molekul dan ion. (English)
■ Perbandingan antara sebatian atom, molekul ionik berdasarkan pada sifat fizikal
Sifat fizikal Sebatian atom Sebatian molekul Sebatian ionik
Keadaan fizikal pada suhu bilik Pepejal kecuali merkuri Pepejal, cecair atau gas Pepejal
Kandungan bahan Atom sahaja Molekul sahaja Ion positif dan ion negatid sahaja
Daya tarikan antara zarah Sangat kuat Lemah Sangat kuat
Takat lebur dan takat didih Tinggi Rendah Tinggi
Kekonduksian elektrik Semua logam (dan karbon) dan mengkonduksikan elektrik Tidak mengkonduksikan elektrik Mengkonduksikan elektrik dalam keadaan lebur tetapi tidak dalam keadaan pepejal
Kelarutan Tidak larut dalam air dan pelarut organik Kebanyakannya larut dalam pelarut organik tetapi tidak larut dalam air. Kebanyakannya larut dalamair tetapi tidak larut dalam pelarut organik.

Contoh latihan 4.5(a)
Nyatakan jenis zarah yang membentuk sebatian berikut.
Sebatian
Oksigen Molekul
Kalsium klorida Ion
Argon Atom



⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

3 comments:

  1. its will be better if you put more examples... but its quite good enough..btw thanks for the information...

    ReplyDelete
  2. Apa contah bahan bukan atom ? Rep fast please

    ReplyDelete
  3. Thank you. It will be better if you hv more examples. The info is good.

    ReplyDelete