Thursday 25 June 2015

4.3 Nombor Proton dan Nombor Nukleon dalam Atom Unsur

Nombor Proton dan Nombor Nukleon
■ Nombor proton ialah bilangan proton dalam nukleus suatu atom.

Nombor proton = bilangan proton
■ Nombor nukleon ialah jumlah bilangan proton dan neutron dalam nukleus suatu atom.

Nombor nukleon = bilangan proton + bilangan neutron

Nombor nukleon = nombor proton + nombor neutron
■ Animasi di bawah menunjukkan simbol atom bagi unsur. (English)
■ Hubungan antara bilangan zarah subatom, nombor proton dan nombor nukleon:

Bilangan proton dan elektron dalam unsur yang berlainan adalah berbeza, oleh itu unsur boleh dibezakan dengan merujuk kepada nombor proton mereka.

Dalam atom neutral, nombor proton juga merujuk kepada bilangan elektron dalam atom itu.
Bilangan proton = bilangan elektron

Bilangan neutron dalam atom boleh dikira jika nombor proton dan nombor nukleon diketahui.
Bilangan neutron = nombor nukleon - nombor proton
■ Contoh: Hubungan antara bilangan zarah subatom, nombor proton dan nombor nukleon

Simbol Number nukleon Nombor proton Bilangan proton Bilangan elektron Bilangan neutron
11H 1 1 1 1 0
41He 4 2 2 2 2
126C 12 6 6 6 6
Isotop
■ Isotop ialah atom-atom unsur sama yang mempunyai

Bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza

Nombor proton yang sama tetapi nombor nukleon yang berbeza
■ Animasi di bawah menunjukkan contoh isotop karbon. (English)

Contoh latihan 4.3(a)
Lengkapkan bilangan zarah subatom bagi isotop oksigen yang berikut.
Isotop Bilangan proton Bilangan elektron Bilangan neutron
Oksigen-16 168O 8 8 8
Oksigen-17 178O 8 8 9
Oksigen-18 188O 8 8 10


Contoh latihan 4.3(b)
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat
(a) __________Nombor proton unsur ialah bilangan proton dalam atom unsur itu.
(b) __________Nombor nukleon unsur ialah jumlah bilangan proton dan neutron dalam atom unsur itu.
(c) __________Isotop ialah atom-atom unsur sama yang mempunyai nombor proton yang sama tetapi nombor nukleon yang berbeza.
(c) Isotop unsur-unsur yang sama memiliki __________sifat kimia yang sama tetapi berbeza dalam __________sifat fizikal mereka.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment