Wednesday 24 June 2015

3.2 Prinsip dan Mekanisme Pewarisan

Gen Dominan dan Gen Resesif
■ Jenis-jenis gen

Gen Dominan
Menunjukkan sifat yang dikawal olehnya walaupun wujud bersama dengan gen resesif.
Mengaburkan kesan gen resesif.
Ciri-ciri yang ditentukan oleh gen dominan disebut sifat dominan

Gen Resesif
Menunjukkan sifat yang dikawal olehnya tanpa wujudnya gen dominan.
Ia hanya akan menunjukkan kesannya jika tiada gen dominan.
Ciri-ciri yang ditentukan oleh gen resesif disebut sifat resesif

■ Jadual dibawah menunjukkan beberapa contoh sifat dominan dan resesif dalam manusia.

Ciri - ciri Dominan Resesif
Kebolahan menggulung lidah Boleh menggulung lidah Tidak boleh
Albino Normal Albino
Lesung pipit Ada Tiada
Bibir Tebal Nipis
■ Gen boleh diwakili seperti berikut:

Gen dominan diwakili oleh huruf besar.

Gen resesif diwakili oleh huruf kecil.

Contoh:
Suatu individu menjadi tinggi kerana ciri-ciri ini dikawal oleh gen dominan, yang diwakili oleh huruf 'T'.
Suatu individu menjadi rendah kerana ciri-ciri ini dikawal oleh gen resesif, yang diwakili oleh huruf 't'.
Pasangan gen yang terdapat di dalam suatu individu tinggi ialah 'TT' atau 'Tt', manakala pasangan gen di dalam suatu individu rendah ialah 'tt'.
■ Genotip merujuk kepada kandungan dalam suatu individu.
■ Fenotip merujuk kepada sifat-sifat fizikal yang diperlihatkan oleh suatu individu.
■ Pewarisan

Gamet yang terlibat dalam persenyawaan mengandungi kromosom.

Kromosom terdiri daripada molekul DNA dan wujud secara berpasangan (kromosom homolog).

Segmen tertentu dalam DNA terdiri daripada gen.

Gen mengawal ciri-ciri yang diwarisi daripada sel induk. Gen ini bertanggungjawab untuk pewarisan.

Contoh pewarisan: warna rambut, warna kulit, kumpulan darah dan ketinggian.

Mekanisme Pewarisan Sifat
■ Gregor Mendel (1822 - 1884)

Seorang ahli botani Austria yang menjalankan eksperimen untuk mengkaji monohybrid warisan tumbuhan taman kacang, Pisum sativum.
■ Mekanisme pewarisan sifat dalam eksperimen Mendel.

Mendel mengacukkan pokok kacang pea tinggi baka tulen (TT) dengan pokok kacang pea rendah baka tulen (tt).

Semua pokok kacang pea dalam generasi pertama didapati menunjukkan sifat tinggi.

Animasi di bawah menunjukkan mekanisme pewarisan sifat dalam eksperimen Mendel.

Pokok-pokok kacang pea generasi pertama yang tinggi kemudiannya dikacukkan antara satu sama lain.

75% daripada pokok-pokok kacang pea dalam generasi kedua didapati tinggi dan 25% lagi rendah. Nisbah pokok tinggi kepada pokok rendah adalah 3 : 1

Nisbah fenotip dari generasi kedia dikenali sebagai nisbah monohibrid.
■ Segi empat Punnett

Digunakan untuk meramal nisbah dan kebarangkalian genotip dan fenotip anak yang mungkin.

Contoh: Segi empat Punnett menunjukkan gabungan gamet dalam eksperimen Mendel.
Gen T t
T TT Tt
t Tt tt
Pewarisan Sifat pada Manusia
■ Pewarisan sifat bagi eksperimen Mendel menerangkan pewarisan pada manusia

Sifat-sifat yang diwarisi oleh anak bergantung kepada gen yang diwarisi daripada ibu bapa mereka.

Ciri-ciri anak bergantung kepada gen dominan atau resesif.

Animasi di bawah menunjukkan penentuan rambut kerinting dalam manusia.

Contoh latihan 3.2(a)
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
(a) Gen __________dominan ialah gen yang dapat menunjukkan sifat yang dikawal olehnya walaupun wujud bersama gen resesif.
(b) Gen __________resesif hanya menunjukkan sifat yang dikawal olehnya jika wujud bersama dalam pasangan.
(c) __________Genotip merujuk kepada kandungan dalam suatu individu.
(d) __________Fenotip merujuk kepada sifat-sifat fizikal yang diperlihatkan oleh suatu individu.
(e) __________Mendel percaya bahawa ciri-ciri tumbuhan kacang pea ditentukan oleh unit warisan atau faktor dari kedua-dua sel induk.
(f) Persilangan __________monohibrid melibatkan hanya satu sifat kajian silang genetik.

Contoh latihan 3.2(b)
Label rajah dibawah dengan jawapan yang tepat. (English)

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment