Tuesday 23 June 2015

2.9 Kesan Pengambilan Alkohol Berlebihan terhadap Koordinasi Badan dan Kesihatan

Kesan Pengambilan Alkohol Berlebihan terhadap Koordinasi Badan
■ Minuman beralkohol

Mengandungi etanol (sejenis alkohol)

Dihasilkan dari fermentasi glukosa oleh yis melalui penapaian
■ Kesan Pengambilan Alkohol Berlebihan terhadap Koordinasi Badan

Boleh merosakkan sel-sel hati, mengurangkan pengeluaran hempedu, menyebabkan sirosis hati dan hepatitis.

Melambatkan kadar penghantaran impuls saraf dan memberi kesan kepada sistem saraf pusat.

Dalam kes-kes yang teruk, penggunaan berterusan alkohol boleh menyebabkan kematian.

Jadual menunjukkan kesan pelbagai peringkat alkohol ke atas peminum yang lain:
Tahap kepekatan alkohol darah Kesan
0.02 Menjadi lebih sosial
0.03 Merasai kegairahan
0.05 koordinasi otot menjadi kurang berkesan
0.10 kegagalan mengawal koordinasi otot
0.30 Tidak mampu untuk berjalan dengan betul, mengantuk dan muntah
0.40 Pitam / hilang kesedaran
0.50 Pernafasan dan degupan jantung terganggu, akan menyebabkan kematian

■ Kesan alkohol terhadap anggota badan manusia

Otak Bertindak sebagai depresen dan memberi kesan kepada bahagian-bahagian yang mengawal emosi
Hati Deposit lemak di dalam hati yang menyebabkan keradangan, pengerasan dan parut hati
Buah pinggang Air yang diserap semula berkurangan. Terlalu banyak air dikumuhkan, ini menyebabkan badan mengalami dehidrasi
Mulut Peminum alkohol tegar kemungkinan akan menghidapi kanser lidah dan esofogus
Ovari Di kalangan wanita hamil, ia boleh menyebabkan bayi dilahirkan dengan Sindrom Foetal Alkohol. Bayi dengan sindrom ini mungkin mempunyai kepala kecil, berat lahir yang rendah dan kecacatan mental.
Testis Merangsang organ seks tetapi kemungkinan tidak berfungsi. Jumlah sperma boleh dikurangkan.

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment