Wednesday 24 June 2015

2.6 Koordinasi Kimia (hormon) dalam Badan

Hormon
■ Bahan kimia yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin.
■ Dihasilkan dalam kuantiti yang kecil dan diangkut oleh sistem peredaran darah ke seluruh badan.
■ Organ atau tisu badan yang bergerak balas terhadap hormon tertentu disebut organ sasaran.

Kelenjar Endokrin dan Fungsinya
■ Kelenjar endokrin

Menyelaras aktiviti badan secara kimia dengan merembeskan hormon.

Merembeskan hormon terus ke dalam aliran darah.
■ Sistem endokrin manusia terdiri daripada:

Kelenjar pituitari

Kelenjar tiroid

Pankreas

Kelenjar adrenal

Testis

Ovari
■ Animasi di bawah menunjukkan jenis hormon dan kelenjar endokrin utama mereka. (English)
■ Video ini mengandungi maklumat mengenai sistem endokrin manusia. (English)

Contoh latihan 2.6(a)
Labelkan dengan tepat kelenjar-kelenjar endokrin dibawah. (English)
Contoh latihan 2.6(b)
Nyatakan jenis kelenjar endokrin kepada fungsinya.
Fungsi
Mengawal kadar metabolisme badan Kelenjar tiroid
Mengawal penyerapan air dalam ginjal Kelenjar pituitari
Mengawal tahap ion natrium dalam aliran datah Kelenjar adrenal
Mengawal aras gula dalam darah Pankreas
Mengawal ciri-ciri seks sekunder lelaki Testis
Mengawal ciri-ciri seks sekunder perempuan Ovari

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment