Wednesday 24 June 2015

2.3 Koordinasi Saraf

Reseptor dan Efektor
■ Reseptor

Sel pada organ deria yang mengesan rangsangan.

Mata, telinga, lidah, hidung dan kulit ialah lima jenis organ deria manusia.
■ Efektor

Organ yang bergerak balas terhadap rangsangan yang diterimanya.

Otot dan kelenjar adalah contoh efektor.
■ Semua reseptor dan efektor disambungkan kepada sistem saraf pusat dengan neuron.

■ Contoh hubungan antara reseptor, neuron dan efektor dengan sistem saraf pusat.

Rangsangan Reseptor Sistem saraf pusat Efektor Gerak balas
Bau makanan sedap Deria dalam hidung Otak Kelenjar air liur Air liur terhasil
Jari tersentuh jarum Deria pada kulit Saraf tunjang Otot di tangan Tangan tersentak menjauhi jarum
Tindakan Refleks
■ Tindakan refleks

Gerak balas badan secara automatik dan pantas terhadap rangsangan luar tanpa pemikiran dan tidak melibatkan serebrum otak (luar kawal).

Bertujuan melindungi kita daripada keadaan yang berbahaya atau kecederaan.
■ Arka refleks

Lintasan yang dilalui ketika tindakan refleks.

Laluan tindakan refleks dipanggil arka refleks yang terdiri daripada:

Reseptor atau organ deria

Neuron deria

Neuron motor

Otot atau efektor

Carta alir dibawah menunjukkan arka refleks suatu tindakan refleks
■ Video ini menerangkan tentang arka refleks dan laluan impuls di dalam arka refleks. (English)
■ Arka refleks pantulan lutut:

Jika kepala lutut kaki diketuk lembut, sel-sel reseptor dalam kepala lutut dirangsang. Saraf impuls dicetuskan.

Impuls bergerak di sepanjang neuron deria ke saraf tunjang.

Impuls melalui sinaps ke neuron perantaraan.

Impuls melalui sepanjang neuron perantaraan.

Ia merentasi sinaps ke neuron motor.

Ia kemudian melalui sepanjang neuron motor ke otot.

Otot mengecut dan pantulan lutut terjadi.
■ Antara contoh lain tindakan refleks

Anak mata mengecil dalam keadaan cahaya terang dan membesar dalam keadaan gelap.

Tangan atau jari tersentak dari benda panas atau tajam.

Mengerlip mata untuk mengelakkan kemasukan bendasing.

Batuk untuk mengeluarkan makanan daripada trakea.

Berpeluh untuk menurunkan suhu badan.

Contoh latihan 2.3(a)
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

A. __________Reseptor adalah sel-sel dalam organ deria yang mengesan rangsangan yang disebabkan oleh perubahan dalam persekitaran.

B. __________Efektor adalah organ yang bertindak balas kepada rangsangan.

C. __________Tindakan refleks adalah tindak balas autonomi dan cepat terhadap rangsangan luaran.



⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment