Tuesday 23 June 2015

2.10 Kepentingan Minda yang Baik dan Sihat

Faktor-faktor yang Memberi Kesan kepada Minda
■ Minda

Keupayaan otak untuk berfikir dan membuat penilaian.
■ Ciri-ciri minda:

Minda yang sihat Minda yang kurang sihat
Bersikap positif
Berdikari
Berkasih sayang
Bertanggungjawab
Kurang keyakinan
Sentiasa risau
Cepat marah
Bersikap agresif
■ Minda yang tidak sihat akan memiliki ciri-ciri seperti rendah harga diri, pendek baran dan melulu.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesihatan Minda

Faktor luaran:
Faktor sosial seperti keluarga dan rakan sebaya
Keadaan persekitaran seperti cuaca dan suhu
Tekanan mental akibat pengalaman yang mendukacitakan

Faktor dalaman:
Kecederaan pada bahagian otak akibat penyakit atau kemalangan
Penyakit seperti gastrik atau sakit yang mengganggu kesihatan minda
Ketidakseimbangan hormon berpunca daripada kelenjar tiriod
Penagihan dadah dan pengambilan alkohol secara berlebihan

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment