Wednesday 18 March 2015

Aktiviti Makmal 7.3.3 : Hubungan antara nilai pH dengan kemolaran bagi asid dan alkali


Aktiviti Makmal 7.3.3 : Hubungan antara nilai pH dengan kemolaran bagi asid dan alkali
Tujuan: Apakah hubungan antara nilai pH dan kemolaran bagi larutan berasid dan alkali
Pernyataan masalah: Apakah hubungan di antara nilai pH dengan kemolaran larutan berasid dan beralkali?
Hipotesis:
» Semakin tinggi kemolaran larutan berasid, semakin rendah nilai pH.
» Semakin tinggi kemolaran larutan alkali, semakin tinggi nilai pH.

Pembolehubah:
» Pembolehubah dimalarkan: Jenis-jenis asid dan alkali
» Pembolehubah dimanipulasikan: kemolaran larutan berasid dan alkali
» Pembolehubah bergerakbalas: nilai pH

Bahan:
» Asid hidroklorik (0.001M, 0.01M, 0.1M, 1M)
» Natrium hidroksida (0.001M, 0.01M, 0.1M, 1M)    

Radas:
» Bikar
» Silinder penyukat
» Meter pH
 Prosedur:
1.20cm3 asid hidroklorik, kepekatan 1M dimasukkan ke dalam bikar. Meter pH diletakkan ke dalam larutan dan bacaan direkodkan.
2.Langkah 1 diulangi bagi larutan asid hidroklorik. 0.1 M, 0.01 dan 0.001 M.
3.20cm3  larutan natrium hidroksida natrium, kepekatan 1M dimasukkan ke dalam bikar. Meter pH diletakkan ke dalam larutan dan bacaan direkodkan.
4.Langkah 3 diulangi dengan larutan natrium hidroksida 0.1 M, 0.01 dan 0.001 M.




Keputusan:

Asid hidroklorik
Kemolaran/mol dm-3 1.0 0.1 0.01 0.001
nilai pH 0 1 2 3

Larutan natrium hidroksida
Kemolaran/mol dm-3 1.0 0.1 0.01 0.001
nilai pH 14 13 12 11
Perbincangan:

Nilai pH asid berkurangan dengan peningkatan kemolaran. Kepekatan ion H+  adalah lebih tinggi pada larutan yang berkemolaran lebih tinggi. Semakin tinggi ion H+ , semakin rendah nilai pH.

Nilai pH alkali bertambah dengan peningkatan kemolaran. Kepekatan ion OH- adalah lebih tinggi manakala kepekatan  ion H+ adalah lebih rendah. Semakin rendah ion H+ , semakin tinggi nilai pH.
 Kesimpulan:

Nilai pH bagi suatu asid berkurangan apabila kemolaran bagi asid tersebut meningkat.

Nilai pH bagi suatu alkali meningkat apabila kemolaran bagi alkali tersebut meningkat.

Hipotesis diterima.

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment