Wednesday 18 March 2015

Aktiviti Makmal 7.3.2 : Penyediaan larutan dengan kepekatan tertentu melalui kaedah pencairan


Aktiviti Makmal 7.3.2 : Penyediaan larutan dengan kepekatan tertentu melalui kaedah pencairan
Tujuan: Untuk menyediakan larutan asid hidroklorik,  0.2mol dm-3 , 0.02mol dm-3 dan 0.002mol dm-3 melalui pencairan larutan asid hidroklorik piawai, 2mol dm-3.
Bahan:
» Asid hidroklorik  2mol dm-3
» Air suling

Radas:
» Kelalang isipadu (100cm3)
» Pipet (10cm3) dengan pam
» Corong turas

Prosedur:


1. 100cm3 kelalang isipadu digunakan dalam eksperimen ini. Tentukan jumlah isipadu asid hidroklorik yang perlu digunakan untuk menghasilkan asid hidroklorik cair 0.2mol dm-3 dengan menggunakan persamaan pencairan.

M1V1=M2V2
2×V1=0.2×100
V1=0.2×1002
V1=10cm3
2. 10cm3 of 2mol dm-3 dipindahkan daripada larutan yang diberi ke dalam kelalang isipadu 100cm3 dengan menggunakan pipet.
3. Air suling ditambah sehingga tanda 100cm3 ; kelalang kemudiannya ditutup dan diterbalikkan untuk beberapa kali sehingga larutan telah tercampur. Larutan 0.2mol dm-3 HCl diperolehi.
4. Untuk menyediakan 100cm3 of 0.02mol dm-3 HCl, langkah 2 dan 3 diulangi dengan  menggunakan 10cm3 0.2mol dm-3 HCl.
5. Untuk menyediakan 100cm3 of 0.002mol dm-3 HCl, langkah 2 dan 3 diulangi dengan  menggunakan 10cm3 0.02mol dm-3 HCl.
Keputusan:

Kemolaran awal asid M1, mol dm-3 Isipadu awal V1/cm3 Isipadu akhir  V2/cm3 Kemolaran akhir asid M2, mol dm-3
2.0 10 100 0.2
0.2 10 100 0.02
0.02 10 100 0.002
 Kesimpulan:

Asid hidroklorik dengan kemolaran yang berlainan boleh disediakan melalui pencairan larutan piawai HCl , . 2mol dm-3.

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

2 comments: