Monday 23 February 2015

5.2 Pembentukan Ikatan Ion

Pembentukan kation dan anion
■ Pembentukan kation dan anion

Atom adalah neutral kerana ia mempunyai bilangan proton dan elektron yang sama.   

Satu ion terbentuk apabila atom menderma atau menerima satu atau lebih elektron.

■ Pembentukan kation


Apabila atom menderma elektron, ia menjadi bercas positif kerana bilangan proton adalah lebih daripada elektron di dalamnya.

Satu ion bercas positif atau kation diperolehi.

M → Mn+ + ne
■ Pembentukan anion


Apabila atom menerima elektron, ia menjadi bercas negatif kerana bilangan elektron lebih daripada proton di dalamnya.

Satu ion bercas negatif atau anion diperolehi.

A + ne → An-
Pembentukan ikatan ionik
■ Pembentukan ikatan ionik

Elektron dipindahkan dari logam kepada bukan logam.

Logam menderma elektron valens untuk mencapai kestabilan gas adi. Ion positif (kation) terbentuk.

Bukan logam menerima elektron untuk mencapai kestabilan gas adi. Ion negatif (anion) terbentuk.

Ion positif dan negatif diikat bersama oleh daya tarikan elektrostatik yang kuat.

Daya tarikan elektrostatik yang kuat di antara ion dengan cas yang bertentangan dikenali sebagai ikatan ionik.

Animasi berikut menunjukkan pembentukan natrium klorida (NaCl), magnesium oksida (MgO) dan natrium oksida (NaO2).

■ Video berikut mengandungi maklumat mengenai pembentukan ikatan ionik.

Makmal Aktiviti 5.2.1: Penyediaan Sebatian ionik
Menentukan formula bagi sebatian ionik
■ Formula sebatian ionik.

Atom logam akan membebaskan elektron valens mereka untuk mencapai susunan elektron gas adi yang stabil.

Atom bukan logam akan menerima elektron untuk mencapai susunan elektron gas adi yang stabil.

Untuk kation, Mb+ dan anion Xa-, formula sebatian ionik terbentuk antara mereka ditulis sebagai  MaNb.

Jumlah cas positif kation mesti sama dengan cas negatif anion dalam suatu sebatian ionik.

Oleh itu, formula sebatian ionik yang terbentuk di antara mereka juga boleh diperolehi seperti berikut:
aMb+ + bXa- → MaNb

Contoh 5.2(a)
Lengkapkan jadual berikut bagi formula sebatian ionik yang tertulis.

Penyelesaian 
Atom Nombor Proton Susunan elektron Formula ion Atom Nombor Proton Susunan elektron Formula ion
A 3 2.1 A+ V 9 2.7 V-
B 11 2.8.1 B+ W 8 2.6 W2-
C 12 2.8.2 C2+ X 17 2.8.7 X-
D 20 2.8.8.2 D2+ Y 9 2.7 Y-
E 19 2.8.8.1 E+ Z 17 2.8.7 Z-


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment