Monday 26 January 2015

1.2.4 - Aktiviti Makmal: Kesan Mangkin ke atas Kadar Tindak Balas


Aktiviti Makmal 1.2.4:
Kesan Mangkin ke atas Kadar Tindak Balas
 Tujuan: Untuk mengkaji kesan mangkin ke atas kadar tindak balas.
 Pernyataan masalah: Bagaimanakah kehadiran mangkin boleh mempengaruhi kadar tindak balas?
Hipothesis: Jika mangkin positif digunakan dalam tindak balas, kadar tindak balas akan berlaku lebih cepat.
Pembolehubah:
» Pembolehubah dimalarkan : Suhu dan isipadu bahan tindak balas
» Pembolehubah dimanipulasikan: Kehadiran mangkin
» Pembolehubah bergerakbalas: Kadar tindak balas

Bahan: 
» 20-isipadu Hidrogen peroksida
» Serbuk Mangan (IV) oksida

Radas:
» Buret
» Kon kelalang
» Silinder penyukat
» Jam randik
» Kaki retort dengan pengapit
» Besin
» Salur penghantaran
Prosedur:

1. 5cm3 hidrogen peroksida diukur dengan mengukur silinder penyukat dan dituangkan ke dalam tabung uji A dan tabung uji B. Tabung uji itu kemudian diletakkan pada rak tabung uji.
2.  ½ spatula serbuk mangan (IV) oksida dimasukkan ke dalam tabung uji B.
3. Satu kayu uji berbara dimasukkan ke dalam mulut kedua-dua tabung uji A dan B.
4.  Perhatikan kayu uji berbara.  
 Pemerhatian:

1. Kayu uji berbara akan dinyalakan dalam tabung uji B.
2. Kayu uji berbara tidak akan dinyalakan dalam tabung uji A.
3. Video berikut menunjukkan pemerhatian bagi kesan mangkin ke atas kadar tindak balas
Perbincangan:

Hidrogen peroksida terurai secara perlahan-lahan pada suhu bilik.
H2O2(aq) → 2H2O(l) + O2(g)

Kehadiran mangan (IV) oksida bertindak sebagai mangkin positif yang akan meningkatkan kadar gas oksigen terbebas dan meningkatkan kadar tindak balas.

Mangan(IV) oksida adalah mangkin. Ia tidak digunakan dalam tindak balas. Jisimnya adalah tidak berubah pada akhir tindak balas

  Kesimpulan:

Kehadiran mangkin positif boleh meningkatkan kadar tindak balas.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

10 comments:

  1. dah radas guna laen..tp prosedur guna laen..anjing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenape kau nk marah pulak lol

      Delete
    2. Ikut je prosedur laporan mula2 tu dan cuma tambah je larutan kuprum (2) sulfat, CuSO4

      Delete
  2. Hi, if kita ulang eksperimen, tapi jisim pemangkin yang digunakan bertambah, adakah kadar tindak balas akan lebih cepat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kadar tindak balas adalah sama sebab faktornya hanyalah saiz, suhu, kepekatan dan mangkin. Jisim xde kaitan.

      Delete
  3. Kalau asid sulfuric ganti dgn asid HCL boleh x

    ReplyDelete
  4. ape peranan larutan kuprum (II) sulfat dalam eksperimen ini?

    ReplyDelete
  5. wey apa inferens bagi pemerhatian nii?

    ReplyDelete
  6. Kerana mangkin mempengaruhi/meningkatkan kadar tindak balas

    ReplyDelete