Monday 26 January 2015

1.2.1 - Aktiviti Makmal: Kesan Luas Permukaan ke atas Kadar Tindak Balas


Aktiviti Makmal 1.2.1:
Kesan Luas Permukaan ke atas Kadar Tindak Balas
Tujuan: Untuk menunjukkan kesan luas permukaan ke atas kadar tindak balas.
Pernyataan masalah: Bagaimanakah jumlah luas permukaan bahan tindak balas mempengaruhi kadar tindak balas?
Hipothesis: Semakin besar luas permukaan bahan tindak balas yang terdedah, semakin tinggi kadar tindak balas.
Pembolehubah:
» Pembolehubah dimalarkan: Suhu dan kuantiti bahan tindak balas
» Pembolehubah dimanipulasikan: Saiz bahan tindak balas
» Pembolehubah bergerakbalas: Kadar tindak balas

Bahan:
» Ketulan kalsium karbonat
» Serbuk kalsium karbonat
»
0.2mol dm-3 Hidroklorik asid 

Radas:
» Buret
» Kon kelalang
» Silinder penyukat
» Jam randik
» Kaki retort dengan pengapit
» Besin
» Salur penghantaran
Prosedur:


1. Satu buret yang penuh dengan air diterbalikkan ke dalam besin yang mengandungi air dan kemudian diapit menegak dengan kaki retort.
2. Paras air dalam buret dilaraskan supaya isipadu air yang boleh dibaca dan bacaan buret awal direkodkan.
3. 5g ketulan kalsium karbonat ditimbang dan dimasukkan ke dalam kelalang kon.
4. 50cm3 asid hidroklorik, 0.2mol dm-3 diukur dengan silinder penyukat dan memasukkan ke dalam kelalang kon.
5. Asid hidroklorik dituang ke dalam kelalang kon yang mengandungi ketulan kalsium karbonat  dan ditutup segera dengan salur penghantaran.
6. Jam randik dimulakan dengan serta-merta.
7. Kelalang kon digoncang perlahan-lahan dan isipadu gas yang terbebas diperhatikan dan direkodkan setiap 30 saat.
8. Eksperimen diulangi dengan menggantikan ketulan kalsium karbonat dengan 5g serbuk kalsium karbonat.
Keputusan:

Ketulan kalsium karbonat 
Masa(s) Bacaan buret (cm3) Isipadu gas (cm3)
0 50 0
30 46 4
60 42 8
90 40 10
120 37 13
150 35 15
180 33 17
210 31 19
240 29 21
270 27 23
300 25 25

Serbuk kalsium karbonat
Masa (s) Bacaan buret (cm3) Isipadu gas (cm3)
0 50 0
30 40 10
60 35 15
90 31 19
120 26 24
150 23 27
180 20 30
210 17 33
240 14 36
270 12 38
300 10 40
Graf dan pengiraan:


Kadar tindak balas purata dalam 300 saat:
Kadar tindak balas purata ketulan kalsium karbonat
= 25cm3300s=0.083cm3s1
Kadar tindak balas purata serbuk kalsium karbonat
= 42cm3300s=0.14cm3s1

Berdasarkan graf, kecerunan bagi serbuk kalsium karbonat adalah lebih curam berbanding dengan ketulan kalsium karbonat. Ini menunjukkan bahawa kadar tindak balas bagi serbuk kalsium karbonat lebih tinggi
 Perbincangan:

Kalsium karbonatbertindak balas dengan asid hidroklorik cair untuk menghasilkan karbon dioksida gas, seperti yang ditunjukkan dalam persamaan berikut:
CaCO3(s) + 2HCl(aq) → CaCl2(aq) + CO2(g) + H2O(l)

Serbuk kalsium karbonat mempunyai jumlah luas permukaan terdedah  yang lebih besar berbanding dengan ketulan kalsium karbonat. Oleh itu, kadar tindak balas bagi serbuk kalsium karbonat lebih tinggi.

Berdasarkan kepada keputusan eksperimen, kadar tindak balas berkurang dengan masa (kecerunan graf yang berkurangan dengan masa yang semakin meningkat). Kepekatan asid hidroklorik dan jisim kalsium karbonat berkurangan dengan masa.
 Kesimpulan:

Semakin kecil saiz bahan tindak balas, semakin tinggi kadar tindak balas


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

5 comments:

  1. Perbincangan lebih details plss

    ReplyDelete
  2. apakah langkah berjaga jaga eksperimen ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) Ketulan / serbuk kalsium karbonat dimasukkan kedalam kelalang kon.Jam randik dimulakan secara segera.
      2) Pastikan mata sejajar dengan bacaan buret bagi mengelakkan ralat paralaks.

      Delete
  3. apa hubungan antara saiz bahan dengan kadar tindak balas berdasarkan eksperimen tersebut ??

    ReplyDelete