Thursday 22 January 2015

1.1.1 - Activiti Makmal : Pengukuran Kadar Tindak Balas


Aktiviti Makmal 1.1.1:
Pengukuran Kadar Tindak Balas
Tujuan: Untuk menentukan kadar tindak balas antara asid hidroklorik (HCl) dan zink (Zn). 
Pernyataan masalah: Bagaimana untuk membezakan antara kadar tindak balas pada masa tertentu dan kadar tindak balas purata? 
Hypothesis:  Kadar tindak balas pada masa tertentu tidak sama dengan kadar tindak balas purata.
Pembolehubah:
» Pembolehubah malar: Keadaan fizikal eksperimen
» Pembolehubah dimanipulasikan: Masa
» Pembolehubah bergerakbalas: Jumlah gas hidrogen terbebas

Bahan:
» Ketulan zink
» Air
» Asid hidroklorik 0.5mol dm-3

Bahan:
» Kelalang kon
» Tiub penghantaran
» Buret
» Jam randik
» Kaki retort dengan pengapit
Prosedur:


1. 25cm3 asid hidroklorik, 0.5mol dm-3 diukur dengan silinder penyukat dan dituangkan ke dalam kelalang kon.
2. Sebuah buret yang terisi penuh dengan air diterbalikkan dalam besin yang mengandungi air dan kemudian diapit menegak dengan kaki retort.
3. 5g ketulan zink dimasukkan ke dalam kelalang kon yang mengandungi asid hidroklorik..
4. Tiub penghantaran disambungkan kepada kelalang kon untuk menyalurkan gas yang dilepaskan ke dalam buret.
5. Jam randik dimulakan serta-merta.
6. Jumlah gas yang dilepaskan ke dalam buret direkodkan setiap 30 saat.
7. Kelalang kon sentiasa digerakkan sepanjang eksperimen.
Data:
Masa/saat Bacaan buret/cm3 Isipadu gas terbebas/cm3
0 50 0
30 40 10
60 32 19
90 23 27
120 17 33
150 12 38
180 8 42
210 5 45
240 3 47
270 2 48
300 2 48
330 2 48
360 2 48
390 2 48
Graf and pengiraan:


Kadar tindak balas purata:
Jumlah isipadu gas terbebas = 48cm3
Jumlah masa yang diambil = 270 saat
Kadar purata=Jumlah isipadu gas terbebasSelang masa
=48cm3270s
= 0.178cm3s-1

Kadar tindak balas pada saat 90 (Satu garis tangen dilukis pada saat 90 sebagai kecerunan)
=4013cm315030s
= 0.225cm3s-1
 Perbincangan:

Untuk semua tindak balas kimia, kadar tindak balas adalah pada awal adalah lebih tinggi (berdasarkan kecerunan menegak graf).

Kadar tindak balas berkurang apabila masa berlalu.

Kadar purata berdasarkan eksperimen ini adalah 0.178cm3s-1
 Kesimpulan:

Kadar tindak balas purata adalah berbeza daripada kadar tindak balas pada masa tertentu.


⇲ For exercise(objective and subjective), download for free on Android OS.

5 comments:

  1. Yes!!Finally found the right one. This really helps me a lot...big time...My final score for Chem was so bad last year...Wish me luck

    ReplyDelete
  2. Macam mana nak lukis tangen yang tepat??

    ReplyDelete